Cara Mengatasi Thalasemia Dengan Berkesan Dan Mudah

Thalasemia adalah satu penyakit genetik sel darah merah.  Pesakit thalasemia tidak dapat hasilkan sel  darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang cukup. Masalah ini berlaku disebabkan gen yang kawal hemoglobin terjejas kerana terjadinya mutasi pada gen tersebut.Hemoglobin ialah satu protien yang terdapat dalam sel darah merah, berfungsi membawa oksigen ke tisu-tisu seluruh badan kita, Penyakit thalasemia bukan penyakit yang berjangkit , thalasemia adalah penyakit yang diturunkan kepada anak daripada ibu atau bapa yang bawa gen thalasemia. Lelaki atau perempuan mempunyai risiko yang sama untuk mendapat thalasemia.

Terdapat 2 jenis Talesimia iaitu :- 

1) Talasemia Minor : Talasemia minor ini pesakit talasemia mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi mereka tiada tanda-tanda yang menunjukkan mereka ada talasemia atau pembawa. 
2) Talasemia major : Talasemia major pula ialah mereka yang punyai baka talasemia sepenuhnya dan juga mereka menunjukkan tanda-tanda talasemia .

Tanda-tanda Talasemia :- 

1) Tubuh akan lemah , pucat , kadang kala gelisah
2) Anemia yang serius boleh akibatkan susah nak bernafas
3) Tumbesaran terbantut
4) Biasanya anak-anak yang mempunyai talasemia ini nampak normal semasa dilahirkan. Tetapi mungkin mereka akan alami masalah anemia yang serius pada umur 13-18 tahun
5) Di sebabkan pembengkakan hati ,perut akan kelihatan buncit .
6) perubahan bentuk tulang muka , pipi, rahang yang tidak normal .

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *