Kayap? memang menyakitkan dan juga memedihkan. lagi takut jika kayap ni semakin merebak tanpa ikhtiar untuk pulihkan. Antara tanda-tanda kayap ialah demam, rasa letih, sakit kepala, kebas dan rasa panas tempat yang akan di jangkiti dengan kayap.

jadi aizah nak kongsikan cara yang boleh ikhtiar untuk bantu hilangkan kayap :-


TESTIMONI 8 : FARAH QURRATUN

*****
KAYAP KETIKA HAMIL

Assalammualaikum. Saya Farah Qurratun Aini Bt Abd Aziz. Berumur 32 tahun. Saya nak kongsikan testimoni saya yang sembuh dari kayap seawal 7 hari ketika usia kehamilan 8 bulan asbab daripada pengambilan Set Kayap Shaklee.

Siapa sangka kan, di hujung kehamilan saya diuji dengan penyakit yang sangat sakit iaitu kayap atau dalam bahasa perubatan herpes zoster. Kayap, dikenali sebagai zoster atau herpes zoster, adalah ruam kulit yang disebabkan oleh jangkitan virus saraf Virus Varicella Zoster (VZV).

Tapi mujurlah kayap tidak terkena di kawasan perut yang tengah membesar tu. Kayap hanya naik di sekitar tengkuk, dada dan ketiak sedikit sebelah kiri. Hari pertama naik, ia tidak beri rasa sakit tapi melepuh air bisa sudah ada. Ketika ini baru saya tersedar ruam-ruam tu adalah kayap.

Malam harinya, barulah berasa sakit sehingga tidak dapat tidur. Saya juga dah mula demam masa ni. Keesokkannya (ahad) saya ada ke klinik swasta untuk dapatkan rawatan tetapi disebabkan saya hamil, mentah-mentah mereka menolak. Ubat pun tidak diberi.

Menahan sakit lagi saya malam tu sehingga tidak dapat tidur sementara nak tunggu hari isnin. Menangis-menangis menahan sakit. Barulah tahu betapa sakitnya kayap ni. Berdenyut-denyut, menyucuk-nyucuk. Tidak dapat nak gambarkan sakitnya bagaimana.

Ketika ini saya hanya bertahan dengan mengambil vitamin shaklee sebagai ubat tahan sakit saya. Saya mula ambil vivix, nutriferon, bcomplex, ostematrik, vitaC, garlic sebagai langkah pencegahan supaya kayap tidak terus merebak.

Kemudian, pagi-pagi isnin saya ke klinik ibu dan anak. Doktor di kkia berikan saya ubat acyclovir iaitu ubat antivirus dan pcm sebagai ubat tahan sakit.

Ubat itu pula perlu diambil sebiji sekali setiap 5jam iaitu kena cukup 5biji sehari. Bila dah terkena kayap ni kenalah pantang makan. Memang stress rasa. Dihujung kehamilan memang susah nak kawal diet. Lapar sahaja. Tapi, kerana nak sembuh saya pantang makan juga.

Saya ambil pcm juga sebagai ubat tahan sakit. Barulah boleh tidur kalau tak memang tak lelap mata langsung kerana berasa sangat sakit.

Saya juga ada bertanya pada doktor, ambil berapa masa untuk sembuh kayap ni? Doktor jawab, 1-2 bulan. Terkejut saya. Sedih pun ada. Dahla nak bersalin dah , kayap pula tak kan sembuh dengan cepat. Terbayang-bayang keadaan nak bersalin dengan kayap yang masih tak sembuh.

Nak layan contraction bersalin lagi, nak kena
posisi telentang untuk meneran lagi, yang mana ketika kayap saya tidur mengiring sebelah kanan sahaja. Jadi mustahil rasa nak telentang..pasti sakit terkena kayap tu. Terkena baju pun sakit..tak dapat bayangkan sakit nya kalau dalam posisi terlentang nanti.

Tapi, Alhamdulilah setiap penyakit pasti ada penawarnya. Disebabkan saya nak sangat cepat sembuh dari kayap, saya konsisten dengan set kayap shaklee fullset, Bcomplex, Ostematrik, Vivix, Nutriferon, Lecithin, Omega Guard, Garlic VitaC. Saya ambil secara megadose untuk setiap vitamin tersebut.

Alhamdulilah, seawal 5 hari kayap dah tak rasa sakit dan mula pecah. Hari ke6 dah mula kering dan Hari ke7 dah mula gugur kulit-kulit kering tersebut. Dek kerana gatal bila kayap dah kering saya mula garu juga. Disekitar ketiak masa ni masih melepuh juga tapi tidak lagi sakit. Saya bersyukur kayap tidak merebak teruk.

Kemudian, Saya ke kkia untuk appointment. Apabila doktor tengok kayap makin sembuh beliau pun terkejut juga sebab sangat cepat sembuh. Saya teringat doktor jelaskan bagaimana kayap ini terjadi. Ia berpunca dari virus chicken pox yang tidur dalam badan kita. Bila ketika imun badan kita rendah, virus ini tadi akan menyerang saraf dan berlaku lah kayap.

Memang sebelum kayap naik, saya demam on off selama 2 minggu. Jadi doktor kata mungkin ketika itu virus-virus sedang berkerja. Bila dah kuat dia keluar sebagai kayap.

Vitamin shaklee untuk set kayap ini memang sangat membantu dalam meningkatkan imun badan saya . Dari mana datang punca kayap dari situ kita basmi. Sebab virus memang tiada ubat. Hanya antibodi sahaja yang dapat melawan balik.

Inilah pengalaman saya terkena kayap ketika hamil dan ini testimoni ikhlas dari saya. Siapa yang tak risau kan terkena kayap ketika hamil yang mana ubat sangat terhad untuk ibu hamil. Kita fikir lagi nyawa baby. Fikirkan lagi kesan virus ke baby. Saya memang tak habiskan pun ubat doktor sebab saya takut beri kesan pada bayi. Jadi saya ambil vitamin shaklee yang lebih selamat semulajadi dan berkesan.

Syukur Alhamdulilah saya kini sembuh sepenuhnya dari kayap. Ini lah shaklee effect saya.

Terima kasih Shaklee, terima kasih Supermom Shaklee Story!

#supermomshakleestory

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum

Jadi jika anda mengalami masalah kayap ini, aizah sangat cadangkan ambil set kayap shaklee ini .

Boleh hubungi aizah untuk dapatkan set kayap mujarab ini di :-

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *