TESTIMONI 29: SHIMA ZAINAL
Assalamualaikum semua!!Bersama saya lagi, Shima!.Kebiasaan saya bila bekerja, office attire saya ialah seluar palazzo, t-shirt atau jubah muslimah, dan shawl. Biasalah, kerja kilang. So, tak ada office attire yang proper macam orang kerja diplomat tu. Dan dah jadi kebiasaan selepas hamil dulu, saya pakai kasut tertutup yang tak ada tumit ke tempat kerja. Ala-ala kasut sukan gitu, macam Skechers. Dah tak reti pakai kasut bertumit tinggi. Sesekali time raya tu adalah..

Working hours saya dari jam 8 pagi sehingga 5 petang. Bila kerja kilang manufacturer begini, tambah pula kilang semiconductor, apabila sampai ke kilang, kena tukar kasut patuh PPE. Dari rak kasut ke ofis pula, kena berjalan jauh juga la dalam 5 minit (itu pun kalau jalan laju). Sejak saya mula bekerja, saya terikut jejak ex-boss saya iaitu jalan laju. Entah apa nak kejar pun tak tahu. Hehe. .Dijadikan cerita, pada 23 Julai lepas, saya bekerja seperti biasa. Cuma apabila musim pandemic ni, tepat jam 5 petang, saya mesti keluar dari ofis. Sebab saya perlu pulang ke rumah dahulu untuk mandi, kemudian keluar semula untuk ambil anak-anak.

Cuma pada hari tersebut, boss panggil saya meeting jam 4 petang. Tak sedar masa berjalan, habis meeting dalam jam 5.10 petang. “Dah lambat!”, saya berbisik sendiri dan tergopoh-gapah kemas meja dan berjalan ke rak kasut..So, boleh bayangkan yang saya berjalan dengan lebih laju dari biasa. Saya lupa, seluar palazzo yang saya pakai pada hari tersebut agak labuh. Selesai tukar kasut, apabila berjalan keluar dari bangunan ke guard house, saya memulakan langkah seribu. Agak laju saya berjalan. Kemudian, saya terjatuh. Jatuh tersembam muka, bagaikan nangka busuk jatuhnya. Saya tak ingat, bagaimana saya boleh terjatuh. Tapi rasanya sebab saya terpijak seluar sendiri. Mulut dan pipi saya berdarah. Dari guard house, berlari seorang wanita berbangsa India ke arah saya dan membantu memapah saya ke klinik di dalam kilang untuk mencuci luka-luka.

.Apabila sampai di klinik, nurse kata luka saya agak teruk. Tapi, tak dalam. Alhamdulillah, tak kena mata. Jadi, nurse hanya suruh saya tuam dengan ais untuk surutkan bengkak pada pipi. Pedihnya, Allah je yang tahu bagaimana saya rasa. Seluar pada bahagian lutut koyak. Lutut luka berdarah, lebam. Tapak kaki juga sakit. Selesai cuci luka, saya pulang untuk terus ambil anak. Tak sempat balik dulu untuk mandi. .Malamnya, saya ke klinik. Sekali lagi luka saya dicuci. Tapi tak menggunakan iodin sebab tak nak ada kesan kat pipi (tak cantik nanti). Hehe.

Sejak malam tu, dah jadi routine saya untuk telan 3 biji ostematrix, 2 biji Res-V, dan 2 biji Zinc Plus untuk mempercepatkan pemulihan luka. Mana tak nya, minggu depan tu dah Raya Haji. Pagi selepas Subuh, saya telan sesudu Vivix pula. Hari ke-2, luka dah mula kering. Jadi, saya pun mula tepek Vitamin E dan Herbal Blend Cream, diselangselikan dengan tepek Vivix di bahagian luka setiap malam.

Tujuan untuk cepat tanggal kesan luka tu..Alhamdulillah, dengan izin Allah, hari ke-8, iaitu pada Hari Aidiladha tu, luka saya tertanggal dengan sendirinya tanpa ada rasa sakit pun. Tertanggal pun masa pakai tudung lepas ambil wudhu’. Alhamdulillah, sekarang ni hanya kemerah-merahan sikit di pipi. Ambil masa untuk renew sel kulit muka. .ESP, vitamin C, Res-V, Vivix, GLA complex, Vita-E Complex tak pernah tinggal sejak hari itu.

Imej mungkin mengandungi: 5 orang, teks yang berkata 'Supermom SHAE Story MUSIM KE-7 KE ESP MY SHAKLEE STORY Alhamdulillah! Dengan izin Allah.. Hari ke 8, iaitu pada Hari Raya Aidiladha tu.. luka saya tertanggal sendirinya tanpa ada rasa sakit pun.."- Shima Zainal SEBELUM SELEPAS'

Alhamdulillah, sangat membantu mempercepatkan pemulihan luka. Ramai kawan terkejut sebab cepat tertanggal. Semuanya asbab Shaklee, dengan izin Allah. Oh ya, YOUTH skincare pun tak pernah tinggal tau. Walaupun ngilu nak letak betul-betul kat bahagian luka masa tu, saya sapu di sekelilingnya. .Jadi, jika anda juga ada masalah sama, jangan tinggal supplement Shaklee dan YOUTH skincare. Amalkan kesemua produk yang bantu renew sel kulit dan mencantikkan kulit. It works for me, dan ia pasti berkesan untuk anda juga. Shaklee is the best! Nothing comes second.Terima Kasih Shaklee..Terima Kasih Supermom Shaklee Story!!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *