Assalamualaikum semua , di musim pandemik ni semakin ramai yang nak mulakan bisnes dari rumah kan? ada yang nak tambah pendapatan dan ada juga di sebabkan oleh hilang pekerjaan atau amsih tiada pekerjaan .
Sabar in shaa Allah , walaupun kita hanya buat bisnes dari rumah , kita juga boleh berjaya seperti orang yang ada bisnes di luar sana . Haa bestkan.
Aizah percaya ramai surirumah yang ada bisnes sendiri tidak kira secara drophip ataupun secara langsung . Tahniah semua .
Alhamdulillah aizah sejak 2016 telah menjalankan bisnes dari rumah dan juga seoarang suri rumah . Mereka panggil aizah surirumah berprofil tinggi . hihihi ALhamdulillah . Walaupun hanya beroperasi di rumah , income aizah 4 angka setiap bulan , Syukur sangat . Pada permulaan memang agak sukat juga nak sesuaikan diri . tapi dah lama Alhamdulillah semuanya berjalan lancar . Jadi aizah nak share beberapa tips yang aizah amalkan setiap hari . jom
Tips uruskan bisnes dari rumah
- Buat Jadual harian – bermula dari awal aizah berhenti kerja , aizah memang sediakan satu jadual supaya , kita ada disiplin dan tak terleka . Biasanya aizah setkan pagi aizah settlekan urusan rumah contoh basuh baju , kemas rumah, masak dan sebagainya . petang pula , start 2.30 petang aizah setkan untuk urusan bisnes . jadi kita ada 2 bahagian masa di sini .
- Disiplin – disiplin kena ada , biasalah bila dirumah macam macam dugaan jadi nya . ada drama best , tidurkan anak , kita mengantuk sekali. Haaa kita jangna terleka ya . suami aizah pesan , bisnes dirumah a, anggap awak pergi kerja hakiki. setiap hari wajib pergi kerja.
- Aktiviti – untuk aktiviti bisnes pun aizah buat jadual , contoh hari ni nak buat apa , hari ni nak coaching siapa . supaya aktiviti bisnes kita balanced.
- Anak – Biasa saya dengar , bukan semua , tapi segelintir ibu alasan sebab anak kecil sukar nak berbisnes . tapi itu bagi aizah , penguat untuk aizah teruskan berbisnes . kita perlu tahu aktiviti anak anak kita . contoh kita bagi makan kenyang siap siap . bagi aktiviti pada mereka supaya tak menganggu kita setiap masa . rumah bersepah ? biarkan derang main sekejap . nanti lepas kita habis aktivit bisnes , kita ajak sama sama mengemas . Alhamdulillah saya ada 3 orang anak kecil 🙂
- Bisnes – wajib cari bisnes yang sesuai dengan keadaan diri kita lebih banyak berada di rumah . jadi bisnes macam mana yang bagus kita join ? jom dengan sekejap vlog aizah ni , aizah terangkan lagi :-
Jika anda ingin tahu lebih lanjut , boleh hubungi aizah terus , in shaa Allah aizah akan bantu anda 🙂