Hidup kita ini, kadangkala amat perlukan motivasi , supaya diri kita terus kental meneruskan bisnes walaupun pelbagai cabaran yang perlu kita hadap . Semoga sedikit motivasi ini dapat membantu ibu-ibu yang sama seperti say sedang berjuang mencari rezeki untuk bantu kewangan keluarga kita .
BERBISNES JANGAN SAMPAI ABAIKAN KELUARGA
Ya Allah pesanan ni memang sayu sangat bila saya ingat balik, pesanan seorang master shaklee saya . Berbisnes jangan sampai abaikan anak-anak dan suami . Macam mana rezeki yang berkah nak datang . Allah Allah . Kadang Saya akui , Ada ketika dulu saya terlalu focus berbisnes , rasa terabai juga anak , bukan bermaksud tak jaga anak . maksud saya . masa bersama anak itu macam kurang kualiti . kita buat kerja kita anak buat aktiviti sendiri . Semasa PKP , sebenarnya banyak masa yang boleh kita dekatkan diri dan buat aktiviti sama-sama dengan anak sambil berbisnes tapi , rasa more to bisnes . Setelah saya dengar kata-kata jangan sampai abaikan anak , saya mula atur strategi supaya balanced , keluarga dan juga berbisnes .
Saya tahu , ada yang tak setuju apabila saya kata berbisnes jangan sampai abaikan keluarga , cari rezeki mesti kita kena focus , kena ada pengorbanan . Yes saya akui kita mesti berkorban sesuatu . tapi kita kan boleh ubah kan susun jadual waktu kita . haa bukan sekolah je ada jadual tau tapi kita yang berbiznes ni pun ada jadual .
Saya bukan perfect , tapi saya cuba terbaik untuk balanced kan bisnes dan keluarga . jadi saya ingin ibu-ibu luar sana juga sama-sama berbisnes dengan tanpa abaikan keluarga . Maaf jika saya terlajak kata dalam artikel ini ., tapi ini adalah hakikat yang berlaku pada sesetengah di kalangan kita .
SABAR ! KITA KENA KUAT DEMI ANAK-ANAK KITA
Kita sebagai ibu , nak yang terbaik untuk anak-anak kita , kalau boleh nak bagi semua keperluan yang terbaik . Kadang kita tersekat sebab kewangan kita tak stabil , kadang perlu tangguhkan banyak benda termasuk ada yang tangguh yuran sekolah anak . SABAR IBU ! In Shaa Allah kita kena kuat dan yakin , teruskan sahaja buat bisnes , Ingat Rezeki anak-anak kita mesti ada , cuma satu kita perlu usaha lebih gigih dan jiwa perlu kental .
SABAR jangna mudah down dan putus asa , Ingat balik kenapa kita mulakan bisnes ini . sebab kita nak bantu kewangan keluarga bukan ? jadi bangunlah berdiri dengan kuat , teruskan berbisnes . kerana dunia bisnes ini perlu konsisten menjual , tiada jalan pintas jika ingin kekal lama dalam bisnes .
INGAT KITA NAK BAGI TERBAIK UNTUK ANAK KITA .
KITA JUGA ADA IMPIAN UNTUK KITA TUNAIKAN
Saya yakin , ibu-ibu luar sana juga ada impian yang tidak tertunai . Sama macam saya . nak tunaikan impian perlu juga kewangan kan ? salah satu impian saya nak pergi umrah walau sekali seumur hidup saya . nak pergi umrah sekarang bukan murah pakejnya . sekurangkanya RM 8000 seorang . jadi untuk tunaikan impian itu , kita perlu kumpul duit kita sendiri barulah puas hati . betul tak . Selain itu ada juga ibu yang berimpian untuk orang tersayang . berimpian nak hantar anak sekolah atau universiti . itu semua perlukan duit lebih . Berimpian untuk berikan duit bulanan yang tinggi untuk ibu ayah .
JADI KENTALKANLAH HATI UNTUK REALISASIKAN IMPIAN KITA IBU
JANGAN BAGI ALASAN ANAK KECIL , AKU TAK BOLEH BERBISNES !
Saya faham dan akui , memang strugle kalau kita ada anak kecil dan nak focus bisnes kan ? tapi cubalah tukar kepada
IN SHAA ALLAH ADA REZEKI ANAK AKU NI UNTUK AKU BUAT BISNES ! . ingat anak kita bukan penghalang . saya sendiri juga ada anak kecil , anak pertama 11 tahun , anak kedua 9 tahun , anak ketiga 5 tahun dan anak ke empat 7 bulan dan saya juga jaga nenek suami yang berumur 84 tahun . Jadi kita kena kental ibu-ibu . Kuatkan smgt mu .
JOM IBU-IBU KITA BANGKIT BERNIAGA
Hidup ini keras ibu-ibu , ada ramai yang ada masalah kewangan , barang semua naik harga tanpa fikir kesengsaraan kewangan kita semua . apa yang kita bleh buat . kita bangkit berniaga . bangkit cari duit tepi . bangkit bantu kewangan keluarga , bangkit demi keselesaan anak-anak kita .
INGAT TANGAN YANG MENGHAYUN BUAIAN INI, MAMPU MENGONCANGKAN DUNIA !
Ingatkan diri , kita bukan lemah ! cuma kita perlu kekuatan . jadi kuatkanlah diri kita . ingat apa big why kita perlu cari duit .
TAKKAN KITA NAK SELALU PINJAM DUIT DENGAN ORANG
Takkan kita selalu nak pinjam duit orang sekeliling , dan bersusah payah pula nak membayar . ingat hutang itu wajib di bayar . jadi bangkitlah ibu-ibu cari duit untuk diri kita dan keluarga kita . orang kata , dari bagi ikan , bak bagi pancing . bagi ikan sekali makan dah habis . tapi kalau bagi pancing , bila kita perlu ikan kita terus pergi memancing .
CARI BISNES YANG SESUAI SEBGAI IBU UNTUK IBU BEKERJA ATAU SURIRUMAH
Cari bisnes yang sesuai dengan diri kita sebagai ibu , buat bisnes boleh balancekan dengan hal-hal rumahtangga . ingat tips pertama tadi jangan abaikan keluarga . jadi mesti cari bisnes yang memudahkan kita . semoga sedikit motivasi ini membantu kita menjadi kental .
Alhamdulillah aizah dah temui . Jika ada yang nak tahu lanjut bisnes aizah ni . jom whatsap aizah di bawah ya 🙂
#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #motivasi #motivasibisnes #ibuberbisnes #wanitaberbisnes
NORADYANI BINTI AB RAHMAN
May 30, 2023 at 12:43 pmBEST
Aizah Azlem • Post Author •
June 3, 2023 at 8:06 amAlhamdulillah terima kasih sis