Psoriasis ini ialah sejenis penyakit kulit yang menjadikan kulit tebal, kering, tompokan merah, berwarna perak, gatal dan kadang-kala ia amat menyakitkan. Psoriasis ini juga merupakan penyakit kulit yang kronik tidak boleh diubati dengan mudah tetapi kita boleh mengawal masalah ini.
Bahagian-bahagian yang selalu di serang masalah Psoriasis ini ialah di tangan, kaki, badan, kulit kepala , lutut, siku, bawah belakang, kemaluan atau ada sesetengah ia berlaku di mana sahaja. Psoriasis ( kulit tebal dan bersisik) ini terjadi apabila sel-sel kulit tumbuh dengan cepat kerana serangan imunisasi oleh sel darah putih yang tidak normal.
Sesetengahnya adalah kerana ginetik ( keturunan), jika ibu atau bapa alami psoriasis kemungkinan anak juga berisiko alami masalah ini .
Bagaimana Psoriasis datang menyerang ?
Keradangan pada psoriasis ini secara berkala dan spontan , ada masa ia nampak lebih baik , adanya ia lebih teruk pada tempat yang terjejas . Pada cuaca sejuk, ada pesakit keadaan psoriasis semakin buruk.
Mengikut kajian, pesakit psoriasis yang ada masalah berat badan. obesiti berisiko di serang sakit jantung .
Psoriasis boleh menyerang tidak mengenal usia dan jantina.
Kenali Jenis Psoriasis :-
- Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok
- Dikalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis.
- Jenis teruk yang memerlukan rawatan dihospital dipanggil erythrodermic psoriasis
- Lampin psoriasis
- Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk dimana ia boleh menimbulkan kesakitan.
Komplikasi Psoriasis :-
- Sendi hujung pada jari tangan atau kaki
- Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki
Mengulas mengenai bahaya psoriasis, Dr Azura (Pakar Dermatoloi Hospital Kuala Lumpur) memberitahu, penyakit itu membawa kesan negatif kepada psikologi pesakit. Faktor lain menjadi penyebab psoriasis bertambah buruk termasuk tekanan perasaan, pengambilan alkohol berlebihan, jangkitan kuman, kecederaan kulit dan tindak balas ubat-ubatan tertentu seperti ubat darah tinggi, ubat tahan sakit dan antibiotik.
“Tahap keterukan psoriasis bermula daripada tompok kecil pada satu bahagian hinggalah ke keseluruhan permukaan badan. Psoriasis menyebabkan tompok tebal dan bersisik dikenali sebagai plak psoriasis.
“Seterusnya kulit menjadi tebal dan keras di kawasan radang serta mengakibatkan sisik di permukaan kulit. Ia sering terjadi di bahagian siku, lutut, tetapi juga boleh terjadi di mana-mana bahagian badan, termasuk kulit kepala, punggung, tapak kaki dan kemaluan,” katanya.
Petikan di atas Di ambil : Berita harian Online
Tips / Cara Atasi Psoriasis :-
- Menjaga kelembapan kulit Menghindari perubahan cuaca yang melampau.
- Cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk akan memburukkan lagi keadaan.
- Kawal dah elakkan dari tekanan kerana tekanan mampu mengundang penyakit psoriasis dan menjadikan keradangan psoriasis semakin parah.
- Elakkan dari luka kerana kulit yang terdedah akibat luka akan psoriasis cenderung untuk menyerang di kawasan luka tersebut.
- Elakkan ubat-ubatan yang mengandungi bahan kimia.
- Elakkan menggaru semasa keradangan.
- Berhenti merokok Minum banyak air kosong
- Mengambil lebih banyak makanan tinggi serat.
- Makanan atau minumam yang mengandungi alkohol
- Makanan yang masin (ikan masin, telur masin) Makanan yang diawet Daging seperti daging ayam, daging lembu, daging kambing dan sebagainya
- Organ dalaman seperti hati, tulang, paru dan lain –lain lagi.
- Makanan yang pedas. Makanan-makanan yang tinggi lemak trans dan lemak tepu
- Makanan segera Makanan yang diproses