Assalamualaikum semua, nampak macam mudah sahaja, tetapi sebenarnya kita perlu ikut langkah-langkah yang betul supaya botol susu anak-anak kita tidak dijangkiti kuman yang boleh menjejaskan kesihatan mereka.

Tidak dinafikan, ada dikalangan kita masih tidak tahu langkah-langkah pembersihan botol yang betul.tidak kata orang lain ,saya sendiri pada mulanya kurang tahu dan bila sahaja dapat tahu, rasa menyesal pun ada , kenapa dari dulu tidak pernah terfikir yang mencari cara-cara yang betul dan rasa lagi bersalah sebab cara saya mencuci botol ada yang tidak lengkap. Jadi rasa terpanggil untuk kongsi demi kebaikan anak-anak kita semua. semoga membesar dengan sihat. In Shaa Allah.

Apa yang sering sesetengah orang lakukan ialah :- 

1)  Kesilapan Membasuh Botol 1 : Tidak membasuh botol dengan segera

Selepas menggunakan botol susu, kita tidak terus membasuhnya. Sesetengah dari kita , setelah anak minum susu kita hanya biarkan sehingga anak kita ingin minum susu seterusnya. Bila kita biarkan dalam jangka masa yang panjang , susu yang basi akan melekat di botol.

2) Kesilapan Membasuh Botol 2 : Tidak membuka Bahagian-bahgian botol susu.

Ramai yang mengabaikan membuka setiap bahagian yang boleh dibuka ketika ingin membasuhnya.Ada sesetengahnya kerana hanya ingin membilas sebab tadi dah basuh, jadi basuh tanpa buka puting contohnya . bila kita tidak membuka semua tempat yang boleh kita buka, mungkin susu-susu basi masih terlekat tanpa kita sedari dan dengan susu basi tersebut kita tambah dengan susu baru. ini akan menyebarkan kuman pada bayi kita.

3) Kesilapan Membasuh Botol 3 : Tidak basuh menggunakan air panas
kadang-kadang ramai saja yang abaikan , basuh botol yang baru dibeli dengan air paip biasa dan tanpa menggunakan air panas.

4) Kesilapan Membasuh Botol 4 : Menggunakan Sabun yang tidak sesuai
Penggunaan sabun juga amat perlu diambil berat, supaya botol anak kita tidak melekat bahan-bahan kimia yang merbahaya pada bayi.


5) Kesilapan Membasuh Botol 5 : Tidak Membasuh Singki 
Ada sesetengahnya, hanya biarkan sahaja barang-barang dalam singki contohnya pinggan magkuk tanpa di cuci dan seterusnya membasuh botol susu anak. Ini mungkin akan dijangkiti bakteria dan kuman daripada barang-barang terbiar tersebut.

6) Kesilapan Membasuh Botol 6: Botol Yang Basah 
Ketika botol masih basah, dan tanpa pengeringan atau lap botol sehingga kering , kita sudah menggunakannya. Hal ini untuk menghalang air mentah atau air paip yang melekat dibotol tadi termasuk dalam susu yang kita bancuh.

Bila kita perhatikan kesilapan di atas , cuba kita ingat balik pernah tak kita lakukannya? jika jawapanyanya YA , jom kita ubahkan kepada langkah-langkah yang betul untuk melindungi anak-anak kita.

Bagaimana langkah-langkah yang perlu kita ikuti ? 
Jom teruskan pembacaan.

1) Basuh Botol Segera selepas digunakan:-

  • Mencegah susu basi terakumulasi didalam botol
  • Basuh Botol guna air panas untuk lebih efektif


2) Kumpulkan bahan-bahan untuk mencuci

Semasa membasuh botol, menggunakan barang yang tepat amat membantu proses membasuh dengan baik.

Apa yang kita perlu ketika membasuh botol ialah :- 

  • Pemberus botol besar dan kecil , ini untuk membantu kita mencuci bahagian-bahagian yang kecil dengan mudah dan bersih. 
  •  
  •  Cairan atau sabun pencuci yang sesuai dan tidak mengandungi bahan kimia dan tidak meninggalkan sisa-sisa sabun di dalam botol. sabun yang saya sering gunakan ialah seperti pencuci didalam video ini. amat bagus sekali.

    3) Bersihkan Singki Terlebih dahulu
    Sebelum kita mencuci botol susu, harus kiranya mencuci singki terlebih dahulu , jangan mencuci botol susu jika terdapat banyak pinggan magkuk dan sisa-sisa di dalam singki.Ini kerana, untuk mengelakkan bakteria dan kuman berpindah pada botol susu anak kita. Boleh juga kita tuang air panas selepas mencucinya singki. 
    4) Buka Bahagian-bahagian botol.

    Sebelum memulakan membasuh , kita perlu membuka setiap bahagian yang boelh kita asingkan. Botol , puting , tempat puting , tudung dan ada sesetengah botol boleh buka penutup bawah botol tu. sila buka juga . Jika kita tidak membuka setiap bahagian itu, di khuatiri susu basi masih melekat dan tumbuhnya bakteria. 
    Seterusnya, bolehlah kita masukkan kedalam air sabun panas dan mencucinya dengan pencuci dan pemberus yang sesuai seperti no 2 diatas,


    5) Menstrilkan Botol.

    Ada sesetengah pendapat , Botol susu anak tidak perlu di stril kerap kali atau setiap kali penggunaan. 

    Menurut Akademi Pediatrik Amerika (The American Academy of Pediatrics), mencuci botol dengan air sabun yang hangat cukup efektif untuk membersihkannya—selama air tersebut aman untuk diminum. Namun demikian, mensterilkan botol baru sebelum digunakan untuk pertama kali, dan mensterilkan botol yang telah dicuci dengan air secara benar setiap kali selesai digunakan adalah penting.
    6) Biarkan Botol Betul-betul kering 
    Pastikan kita keringkan botol-botol di tempat yang baik dan tidak lembap kerana jika ada yang lembap ini akan membantu bakteria mungkin. sebelum menggunakan juga pastikan botol itu kering ya . 

    7) Cuci Tangan
    selepas mencuci botol, kita perlu mencuci tangan kita dan selepas membancuh susu juga perlu iaitu sebelum kita memberi susu dengan botol tersebut. 

    Kebersihan amat penting dalam menguruskan bayi kita , jangan abaikan kebersihan dan juga amat penting dan perlu kita menggunakan bahan pencuci tanpa kimia untuk mencuci botol-botol bayi kita supaya bayi kita dihindari daripada sebarang masalah kesihatan.

    Dalam usaha itu , saya amat cadangkan penggunaa sabun atau pencuci biasa kepada pencuci tanpa bahan kimia seperti Basic H ( Hanya Rm 46 untuk kegunaan 6 bulan ke atas) ataupun Hand Dish Wash ( Hanya Rm 28 untuk kegunaan 5 bulan ke atas)ini . Kenapa perlunya Basic H atau  Hand Dish Wash ni? kerana ia tanpa bahan kimia , selamat di gunakan untuk mencuci botol susu anak dan sebagainya. In Shaa Allah. saya juga pengguna tegar.

                           

    https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=9c2aef8bf511d208ee623850400a7f9e
     Basic H, pencuci tanpa bahan kimia

     Jika pembelian online , sila hubungi saya untuk dapatkan pakej konsultasi dan tips menarik.

    Atau Terus hubungi Saya :- 

                                                        CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
    FANPAGE : butiksihatcomel
    FACEBOOK : Aizah Azlem

    12 comments
    • Anonymous
      October 19, 2015 at 3:45 pm

      Ada lagi kesilapan.menggunakan berus kasar dari berus span. Kerana berus kasar boleh mencalarkan botol dan menyebabkan botol cepat rosak dan terkumpulnya kotoran dan bakteria di tempat calar itu. Gunakan berus span yang bukan saja berupaya menanggalkan koyoran dengan lebih berkesan malah memelihara botol susu dari rosak

      Reply
    • Noraizah
      October 19, 2015 at 3:55 pm

      terima kasih en/cik/ pian / tuan memberi komen dan share tips menarik 🙂 . Betul tu , pemilihan berus juga amat penting , boleh baca artikel sebelum ini mengenai jangka hayat botol susu 🙂

      http://www.tipsibuhamil.com/2015/02/pentingnya-tahu-jangka-hayat-botol-susu.html

      Reply
    • Farah
      October 19, 2015 at 6:18 pm

      Sukanya saya dengan 8 panduan bersihkan botol susu anak nie.
      Setiap kali saya cuci botol anak mesti saya teringat artikal nie…:)

      Reply
    • Noraizah
      October 20, 2015 at 12:57 am

      Terima Kasih farah 🙂 heheh

      Reply
    • Unknown
      October 20, 2015 at 9:15 pm

      ada jual kat mnaa ya trmpat susun botol untuk dikeringkan tu

      Reply
    • Noraizah
      October 21, 2015 at 7:22 pm

      banyak tempat boleh beli sis , kalau kedai barang-barang bayi sure ada 🙂

      Reply
    • Ros
      October 28, 2015 at 8:40 pm

      Kadang-kadang tak sedar pun pasal kesilapan ni.

      Reply
    • malyna Jury
      November 30, 2015 at 6:33 pm

      Bukan ke itu untuk kegunaan basuh lantai ke? Saya tgk kat fesbuk diorg ada share dr pihal shaklee pencuci tu tak sesuai tuk basuh botol susu.. takbaik sis buat mcm ni..bahaya untuk parent.. kalo salah tolong betulkan..

      Reply
    • Noraizah
      December 1, 2015 at 8:58 pm

      Assalam sis , pencuci ini serba guna , tanpa bahan kimia . tanpa bahan-bahan terlarang . dan bahan-bahannya adalah semulajadi . lebih selamat kita gunakan pencuci ini untuk basuh botol berbanding pencuci pinggan. sebelum keluarkan apa-apa product shaklee telah membuat banyak kajian terperinci. sebab itu ia selamat untuk di gunakan . basic h , dia tidak kata pun pencuci basuh lantai … basic h adalah pencuci serba guna . basic h , saya bukan sahaja membuat membasuh botol malah saya gunakan untuk jerlum anak semasa demam , untuk menurunkan suhu .

      Reply
    • Dkna Abza
      December 2, 2015 at 9:34 pm

      Tq untuk info berguna ni. Banyak manfaat bagi ibu dan ayah yang baru menimang cahaya mata.

      Reply
    • Noraizah
      December 8, 2015 at 4:55 pm

      Alhamdulillah sis 🙂 semoga bermanfaat

      Reply
    • Farah
      April 5, 2016 at 12:00 pm

      Terima kasih Aizah…8 tips membasuh botol dengan betul sungguh2 membantu saya.

      Ya, kadang-kadang kita cuma nak basuh botol supaya bersih…tetapi kita terlupa nak basuh/bersihkan sinki dahulu.

      Artikal yang bermanfaat…best sangat bila baca.

      Reply

    Leave a Comment

    Your email address will not be published. Required fields are marked *