Tekanan Darah Tinggi Akibatkan Saluran Darah Saudara Saya Pecah
Awal Bulan hari tu saya dikejutkan dengan berita seorang saudara meninggal dunia kerana saluran darahnya pecah akibat tekanan darah terlampau tinggi. Ohh Baru saya tahu mengenai akibat darah tinggi ini,takutnya.Apa yang lagi menyedihkan umurnya baru sahaja dalam lingkungan 40-an, anak-anak juga masih kecil dan bersekolah, isteri juga masih muda.
Bagaimana Saluran Darah boleh pecah ? Pada Permulaannya , saudara saya mempunyai tekanan darah yang terlampau tinggi dan terus terkena strok / Angin Ahmar . Strok / Angin ahmar ini boleh menyebabkan saluran darah di otak tersumbat dan pecah.
Jadi ini adalah pengalaman dan pengajaran bagi kita yang ada masalah tekanan darah tinggi, jangan biarkan ia merebak dengan serius tanpa rawatan yang betul dan abaikan pantang larang masalah ini.
Lelaki muda dan berkeluarga dalam video di bawah ini juga mengalami masalah tekanan darah tinggi dan Alhamdulillah, dengan apa yang dia amalkan Tekanan Darah Tingginya kembali normal. TAPI APA LELAKI INI AMALKAN ? Jom kita tengok dulu sebelum anda teruskan pembacaan :-
Seronokkan lihat mereka gembira dengan keluarga tanpa masalah tekanan darah tinggi yang membelenggu diri? fikirkanlah untuk orang yang tersayang. Amalkan apa yang boleh membantu kita bebas zon tekanan darah tinggi.
Angka pertama (120) iaitu tekanan darah sistolik, yakni tekanan saat jantung berdenyut atau berdetak (sistol). Sering disebut tekanan atas.
Angka pertama (90) iaitu tekanan darah diastolik, yakni tekanan saat jantung beristirehat di antara saat pengepaman. Sering disebut tekanan bawah.
# Punca Tekanan Darah Tinggi ?
Masalah tekanan darah tinggi ini sebenarnya berpunca daripada arteri atau saluran darah yang semakin mengeras (semakin tinggi tekanan darah kita, makin mengeraslah saluran darah, jadi terlampau tinggi akan akibatkan saluran pecah) kerana pembentukan plak-plak kolestrol dalam saluran darah disebabkan pengoksidaan kolestrol.
#faktor Penyebab darah tinggi:-
- Faktor Keterunan :-
- Ketahui susur galur keluarga kita, adakah ramai yang mengalami masalah tekanan darah tinggi yang terlampau.
- Peringkat Umur :-
- Apabila umur semakin meningkat, risiko tekanan darah tinggi amat tinggi.kenapa? kerana pembuluh darah yang semakin menyepit.
- Gender :-
- Wanita lebih berisiko mengalami tekanan darah tinggi berbanding lelaki.
- Kurang pergerakan /aktiviti :-
- orang yang kurang aktiviti seperti senaman lebih cenderung untuk memiliki tekanan darah tinggi, ini kerana bila kita kurang senaman , penyempitan dan penyumbatan saluran darah akan meningkat. Contoh yang paling senang , kita guna saluran air longkang selama 5 tahun, tetapi tidak pernah mencucinya, sudah tentu pengaliran air dirumah kita tidak lagi sempurna.
- Pemakanan:-
- DI malaysia, pelbagai makanan kita temui dan rakyat malaysia juga majoriti mengambil makanan yang tinggi kalori , lemak ,gula dan garam.Jadi sudah tiba waktu kita menukar sedikit pola pemakanan kita demi kesihatan yang sempurna.
- Berat badan yang berlebihan:-
- Salah 1 masalah rakyat malaysia lagi adalah obesiti.Obesiti salah satu faktor yang menyumbang anda ke arah masalah tekanan darah tinggi.tapi saya tidak nafikan ramai juga yang berbadan kurus juga alami tekanan darah tinggi.
- Meminum , minuman beralkohol / bergas :-
- ada setengah orang memang gemarkan minuman sebegini.tahukah anda? minuman ini amat merbahaya ? kajikah kita berapa sudu gula di dalam setiap gelas kita minum? jadi ubahlah dari meminum minuman yang kurang sihat ini kepada minuman yang berkhasiat.
- Stress :-
- Stress akan menyebabkan tekanan darah sewaktu.Hormon adrenalin akan meningkat, menyebabkan jantung pengepam darah lebih cepat seterusnya tekanan darah juga naik dengan cepat.
Bandar Seri Putra – Bangi , Putra Makhota
titan
December 2, 2017 at 1:05 pmyup.
bahaya bab tekanan darah ni. tinggi ke, rendah sangat ke..
kena selalu amvil perhatian tentang diri kita.
malang memang tak berbau.