Kenapa Perlu Habiskan Makan Ubat Antibiotik ?
Assalamualikum , Salam mesra dari butik sihat comel.semoga semua dalam keadaan yang baik .
Terfikirkah kita kenapa setiap kali ambil ubat antibiotik doktor dan farmasi sentiasa ingatkan supaya kita habiskan walaupun kita sudah pulih?Biasanya untuk anak-anak lah kan antibiotik ini . bahayakah jika kita tidak teruskan makan sehingga waktu yang telah ditetapkan?
Biasanya farmasi ada pesan ” ubat antibiotik ni kene habiskan dalam masa seminggu”
semasa anak saya nuha amanda masuk wad tempoh hari , dokto onkan antibiotik, jadi paling tidak seminggu perlu di hospital untuk habiskan antibiotik. 

Ok berbalik pada persoalan kita ” Kenapa Perlu Habiskan Makan Ubat Antibiotik ?”

Di sini Saya copy 100% dari Blog Dr Razwan  Mengenai antibiotik saya kira wajib kita tahu.

Sumber :http://drazwan.blogspot.com/
Ramai ibu bapa yang meminta saya menulis tentang antibiotik. Antibiotik menjadi subjek yang sangat penting di dalam bidang perubatan sehingga kini. Sejak ia dijumpai oleh saintis Perancis Alexander Fleming pada tahun 1928 (sebelum itu dijumpai oleh seorang pelajar perubatan dari German pd 1896 – tapi tak popular), penicillium yang merupakan produk dari sejenis kulat didapati berjaya membunuh pelbagai bakteria. Penicillin kemudiannya digunakan secara meluas ketika perang dunia ke 2 sebagai rawatan utama.
Sehingga kini berpuluh-puluh antibiotik digunakan secara meluas diseluruh dunia. Antibiotik boleh dibahagikan kepada kesannya yang membunuh bakteria (bactericidal) atau kesan yang merencatkan aktiviti bakteria (bacteriostatic). Kedua-duanya memberi kesan untuk melumpuhkan bakteria daripada merebak di dalam badan.
Sesuai dengan kesannya, antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria dan bukan virus. Virus biasanya menyebabkan batuk, sakit tekak, selsema dan sakit badan. 80% sakit tekak dan selsema adalah disebabkan virus. Virus biasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7 hari hingga 14 hari walaupun tanpa penggunaan antibiotik.
Sebagai contoh – Denggi ialah sejenis virus, jadi tiada antibiotik apa pun di dalam dunia ini yang boleh membunuh virus denggi. Ia akan hilang dengan sendirinya selepas 10 hari, tetapi perawatan yang lain seperti mengawal hidrasi tubuh dan pemerhatian kadar platelet diperlukan. Kenapa tiada antibiotik digunakan untuk merawat denggi? Ya, kerana denggi ialah sejenis virus. (pandaaaii….. 🙂 )
Sekiranya semua doktor memberikan antibiotik kepada pesakit yang mempunyai sakit tekak dan selsema, dan semua pesakit mengambilnya, ini bermakna 80% daripada antibiotik tadi yang tidak memberi apa-apa kesan kepada virus adalah satu pembaziran, sia-sia malah boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh.
Kenapa Perlu Berhati-Hati Mengambil Antibiotik?
1. Antibiotik boleh menyebabkan alahan. Alahan boleh jadi sedikit seperti urticaria iaitu timbul ruam gegata di seluruh badan sehingga ke alahan yang teruk seperti kulit melecur dan sesak nafas.
2. Antibiotik mempunyai kesan sampingan. Antibiotik boleh menyebabkan kesan sampingan kecil seperti loya, pening, muntah dan cirit birit sehingga ke yang teruk seperti kerosakan buah pinggang, usus dan hati, pekak dan sawan. Steven Johnson Syndrome adalah satu kesan sampingan kepada beberapa jenis antibiotik berasaskan sulfa. Ia menyebabkan keadaan kulit seperti terbakar dan juga menyerang kawasan seperti mulut mata dan lidah. Kesan sampingan ini boleh membawa maut.
3. Antibiotik sebagai bom nuklear. Bukan semua bakteria di dalam badan adalah jahat. Bakteria baik di dalam usus sebagai contoh lactobacillus, memenuhi usus supaya bakteria jahat seperti Clostridium Difficile tidak dapat memenuhi ruang tersebut. Malah ada bakteria di usus yang boleh membantu penghadaman dan menghasilkan sejenis vitamin yang membantu manusia. Begitu juga contohnya dengan kawasan vagina wanita. Bakteria baik yang terbunuh boleh menyebabkan “candida”, sejenis kulat senang membiak di kawasan itu.
Malangnya, antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya disapu, disembelih dan dibunuh dengan kejam. Pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan ini ternyata membawa padah. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela. Jadilah episod cerita koboi bila sherif dah tak ada.
Antibiotik Seperti Harimau Hilang Taring
Apabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar di kalangan manusia yang dekat dan jauh.
Apa yang berlaku, antibiotik yang sama apabila digunakan tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya. Maka, doktor terpaksa menggunakan antibiotik yang lebih kuat kerana yang lama tidak berkesan. Kitaran ini akan menjadi lebih menakutkan. Antibiotik yang kuat ini pula digunakan sewenang-wenangnya. Maka apabila bakteria mula bermutasi dan menjadi kebal, antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya. Antibiotik yang lebih kuat lagi digunakan… ia akan berterusan sehingga tiada lagi antibiotik yang berkesan terhadap manusia.
Kos Perubatan Meningkat
Semakin kuat antibiotik digunakan semakin mahal antibiotik tersebut. Anda yang kaya mungkin tak kisah dengan kos antibiotik yang meningkat sekarang. Tetapi buat yang susah, RM 60 untuk 7 biji Augmentin memang memeningkan kepala. Di hospital kos perbelanjaaan rawatan juga semakin meningkat. Ini kerana antibiotik yang kuat tidak mungkin berharga murah. Syarikat farmaseutikal terpaksa membelanjakan jutaan wang untuk menghasilkan antibiotik yang lebih kuat dan siapa yang harus membayar harga itu?
Kenapa Antibiotik Digunakan Sewenang-Wenangnya?
1. Sebelum menuding kesalahan kepada orang lain, lebih baik salahkan diri sendiri dahulu. Doktor seperti saya, kadangkala selalu memberikan antibiotik walaupun tidak perlu. Biasanya General Practioner (GP) di klinik-klinik swasta lebih suka melakukan demikian. Ada beberapa sebab…
a. Satunya mungkin tidak beberapa yakin kepada diagnosis yang dibuat. Terdapat
garisan di antara jangkitan bakteria dan virus. Mungkin garisan itu sukar
dibezakan untuk sesetengah pesakit.
b. Untuk mengelakkan secondary infection. Jangkitan bakteria di atas jangkitan virus yang sedia ada. (ini alasan yang baik bagi doktor untuk menjual antibiotik)
c. Menghindarkan persepsi buruk pesakit kepada doktor dan klinik. Kalau anda nak tahu, ada jenis pesakit yang mempunyai tanggapan buruk kepada doktor yang tak mahu memberikan antibiotik. “Apalah ini doktor, tarak bagi antibiotik, next time tarak mau datang sini lagi”. atau “ini klinik tak bagus, takda bagi antibiotik”. Hilang seorang pelanggan…
d. Meningkatkan keuntungan dengan memberi antibiotik. Ya, jualan antibiotik boleh menguntungkan. Itu sebab ramai doktor swasta akan memberi antibiotik walaupun dengan sebab-sebab yang tidak logik.
2. Pesakit juga bersalah di dalam hal ini. Saya sudah banyak kali menceritakan ada ibu bapa yang terlalu menekan doktor untuk memberi antibiotik. Ada yang masam mencuka bila tak bagi antibiotik. Padahal anak tak ada demam pun, atau hanya sedikit selsema. Jikalau ibu bapa tahu betapa teruknya kesan Steven Johson Syndrome, sejenis lecuran kulit disebabkan alahan antibiotik pasti anda lebih berhati-hati.
“Anak saya takkan baik kalau tak diberi antibiotik”. Ini adalah ayat cliche untuk ibu ayah yang selalu bagi anaknya antibiotik walaupun sedikit demam.
Cara Saya
Anda patut percaya, saya sendiri sebagai doktor, tak pernah memberi antibiotik kepada anak saya yang batuk, demm atau selsema selama seminggu. Saya akan memberinya ubat-ubat yang perlu sahaja, vitamin C tambahan, minum air kosong banyak dan makan banyak buah-buahan. Pada kebiasaannya, selepas seminggu batuk itu akan hilang.
Sekiranya selepas seminggu batuk, dengan adanya demam tinggi dan selsema, saya mungkin akan mulakan antibiotik yang paling rendah. Antibiotik mesti dihabiskan.
Perlu diberitahu di sini… Ubat antibiotik bukanlah ubat demam, atau selsema atau ubat sakit perut. Ia adalah untuk membunuh bakteria dan . Kalau demam, makan lah ubat demam dan kalau selsema makanlah ubat selsema. Antibiotik digunakan sekiranya terdapat jangkitan bakteria.
Doktor, Tolong Bagi Antibiotik Paling Kuat!
“Doktor, saya batuk dan sakit tekak, esok saya ada meeting. Boleh bagi saya antibiotik paling kuat supaya saya boleh pergi meeting esok”.
Pertama sekali saya nak bagi tahu, Allah bagi kita sakit selain daripada ujian dan menghapuskan dosa, ialah untuk memberitahu kita yang badan kita ini perlukan rehat kerana bekerja terlalu kuat. Antibiotik tak boleh membantu anda mengembalikan kesihatan anda seperti sediakala sekiranya anda mengidap jangkitan. Berilah masa untuk badan anda berehat.
Kedua, untuk memberi antibiotik, perlu ada caranya. Mulakan dengan antibiotik yang tak beberapa kuat dahulu. Kemudian baru naik selangkah demi selangkah sekiranya tidak berkesan. Kalau kita nak bunuh seekor nyamuk, janganlah rumah hendak dibakar. Kalau nak bunuh bakteria yang tak beberapa kuat, jangan gunakan antibiotik yang paling kuat. Itu salah cara.
Tujuannya adalah untuk memastikan antibiotik yang paling kuat disimpan untuk menghadapi kuman yang sama kuat juga. Sekiranya kuman biasa pun dah menjadi kebal kepada antibiotik yang paling kuat, apabila tiba kuman yang paling kuat, tiada antibiotik lagi yang boleh digunakan.
Bayangkan, tiada lagi ubat untuk membunuh bakteria… Sedikit luka di kaki pun boleh menyebabkan kematian. Kita seolah-olah kembali ke zaman sebelum Perang Dunia Kedua!!

Di sini ialah beberapa pilihan yang boleh membantu anda rasa lebih sihat secepat mungkin tanpa antibiotik
alt
PENYAKIT
RAWATAN KENDIRI
DI RUMAH
UBAT- UBATAN
[Ubat am (over the counter) tidak disyorkan untuk bayi dan kanak-kanak berumur kurang daripada 2 tahun. Bagi kanak-kanak  berumur melebihi 2 tahun,  perlu mengikut dos  yang  dinyatakan pada sisip bungkusan]
Semua selesema dan jangkitan virus
  • Minum banyak cecair (seperti air dan sup)
  • Duduk di rumah dan berehat
Hidung tersumbat
  • Gunakan bilik yang ada alat pelembab udara (humidifier)
  • Titiskan atau semburkan air garam dihidung
Decongestant: membuka saluran hidung
Hidung berair
  • Sapukan jeli petroleum di luar hidung.
  • Gunakan tisu lembab
Antihistamine: mengeringkan lelehan cecair hidung atau hingus
Batuk tanpa kahak
  • Gunakan bilik yang ada alat pelembab udara (humidifier)
  • Berkumur dengan air garam yang suam
Penahan batuk: membantu menghentikan batuk
Batuk berkahak

  • Minum air dengan lebih banyak
Ekspektoran: menipiskan kahak, menjadikannya lebih mudah untuk dikeluarkan semasa batuk

Boleh membeli ubat am 
Bahan aktif: Guaifenesin

Sakit tekak

  • Berkumur dengan air garam yang suam
  • Elakkan asap
  • Minum teh
Lozeng tekak – melegakan tekak (Jangan diberi pada kanak-kanak berumur kurang daripada 10 tahun)

Boleh membeli ubat am 
Bahan aktif: Menthol ,Dichlorobenzyl Alcohol, Amylmetacresol

Gatal, mata berair / bersin
  • Elakkan daripada mengambil benda atau makanan yang anda alah atau menyebabkan kerengsaan.
Antihistamine: mengeringkan dan melegakan gatal pada mata
Demam / sakit otot

  • Tuam dengan ais atau air sejuk pada dahi.
  • Tuam dengan tuala atau pek panas pada tempat yang sakit.
  • Berehat dikatil.
Analgesik: pelega kesakitan

Boleh membeli ubat am 
Bahan aktif: Paracetamol ;Acetylsalicylic Acid

Sakit telinga

  • Tuam dengan tuala atau pek panas pada telinga yang sakit.
Analgesik: pelega kesakitan

Boleh membeli ubat am 
Bahan aktif: Paracetamol ;Acetylsalicylic Acid


Ohh Rupanya bahaya yea tak bagi antibitik dengan betul dan tidak habiskan ? takut pulak kan .. 
saya harap info ini dapat membantu semua . 

Ada ke antibotik yang tidak berbahaya ? jawapannya ADA !! 

Garlic Shaklee

-Dibuat daripada bawang putih premium, BEBAS racun perosak dan ditanam secara organik di Carlifornia, USA di waktu musim panas.
-Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpahaba utk memastikan pengekalan 100% Alicin aktif.
-Perisa herbanya terhasil dari 2 ekstrak herba (rosemary & spearmint). Mengandungi pelbagai vitamin E utk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesananya dalam tubuh kita.
2 tablet garlic Shaklee membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen = 2 ulas garlic segar.
Manfaat utama
1- Mengandungi spearmint – meningkatkan fungsi jantung, sistem penghadaman.
2- Antibiotik yang selamat dan semulajadi – selamat utk kegunaan jangka panjang utk tingkatkan sisitem imun, menghalang penyakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
3- Menghalang elergi – mempertingkatkan penyakit berkait sistem imun seperti hidung sensitif, sinus, alergi, athma, selesema dan hepatitis
4- mempertingkatkan sistem penghadaman – formula uniknya mampu mengatasi masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastrik,ketidakhadaman. Juga mampu menentang bakteria H. pylori bakteria & menghalang ulser gastric.
5- Stabilkan tekanan darah tinggi – kajian menunjukkan pengambilan 2 -4 tablet garlic akan menurunkan tekanan darah tinggi dengan 8 point.
6- detoksifikasi – garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yg akan menaikkan tekanan darah. Garlic juga mampu melindungi sel2 darah dari kemusnahan dan menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia.
7- Turunkan kolesterol – menurunkan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, kurangkan kebekuan darah, meningkatkan HDL, lindungi jantung danmenghalang strok dan penyakit koronari.
8- Mencegah kanser – bantu mengelakkan dan merawat kanser dgn mengurangkan bahan pencetusan kejadian kanser – Nitrosamine.
9- Stabilkan glukos – membantu stabilkan glukos dalam badan kita.


CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel
FACEBOOK : Aizah Azlem

Pakej : 
Tips-tips menarik 
konsuktasi sepanjang masa

hubungi saya dapatkan yang terbaik 🙂

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *