Sakit tulang belakang , saya adalah salah seorang mengalami masalah ini kerana kesan dari kemalangan jalan raya pada tahun 2012. Lagi bila hamil memang sakit teramat . Dalam masa mencari maklumat fisioterapi untuk diri sendiri, ingin saya kongsikan pada semua agar pembaca di butik sihat comel mendapat manfaat bersama. In Shaa Allah.
- Tulang belakang patah
- perubahan pada cakera(disc)
- terdapat kecederaan pada otot
- Saluran spinal jadi sempit ( spinal sternosis)
- Postur yang tidak betul
- Sakit tulang belakang akut – sakit dalam tempoh 1 hingga 3 bulan
- Sakit tulang belakang kronik – Sakit lebih dari 3 bulan
- Sakit tulang belakang berulang-ulang – Sakit yang berulang dalam tempoh kurang daripada 3 bulan.
- boleh membantu Menguatkan otot
- Kurangkan rasa Sakit pada tulang belakang
- Kekalkan dan tingkatkan julat gerakkan badan
- Membantu kita melakukan aktiviti harian tanpa rasa sakit dan selesa.
- Semasa duduk, baring , berdiri atau melakukan aktiviti harian pastikan dalam postur yang betul.
- Semasa berjalan – pakai kasut bertumit rendah dan selesa
- Semasa Duduk – Gunakan kerusi yang bersandar,yang boleh sokong tulang belakang kita dengna baik. Kita juga boleh gunakan bantal kecil untuk menyokong tulang belakang.
- Semasa berbaring – Pemilihan tilam amat penting, pilihlah yang dapat menyokong tulang belakang nada dengna baikPosisi semasa berbaring yang dicadangkan mengiring dan melengkung kehadapan.
- Semasa berdiri – Jika anda berdiri terlalu lama, rehatkan kaki secara bergilir-gilir .
- Untuk sakit belakang akut, biasanya boleh gunakan ice pack
- caranya , balutkan ice pack dengan kain basah dan letakkan bahagian yang sakit dalam 15 minit, sebelum icepack diletakkan pastikan tempat sakit tidak disapu dengan apa-apa ubat yea.
- Untuk sakit belakang kronik dan berulang, boleh gunakan hot pack.
- Caranya, Balut hot pack dengan tuala secukupnya,jangan terlalu panas ye.letakkan tempat yang sakit selama 20 minit.
- Posisi : baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut dibengkokkan
- Cara melakukan : pegang belakang peha dan tarik ke arah dada.
- Ulangi kaedah ini minima 5 kali
Pelvic tilt
- Posisi : baring di atas permukaan yang rata
- Cara melakukan : tarik otot abdominal ke dalam, tekan belakang ke bawah, bernafas seperti biasa, tahan lima saat
- Ulangi kaedah ini minima 5 kali
Hip Rolling
- Posisi : baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut dibengkokkan
- Cara melakukan : letak tangan secara bersilang di bahagian dada, pusing kepala ke sebelah kanan manakala kedua-dua lutut pusing ke sebelah kiri. Kemudian luruskan lutut dengan perlahan- lahan.
- Ulangi kaedah ini minima 5 kali
Lower Abdominal Exercise
- Posisi : baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut dibengkokkan.
- Cara melakukan :
- Gerakkan lutut kanan ke dada, tahan 5 saat kemudian relaks, Ulangi kaedah ini pada lutut sebelah kiri.
- Angkat kaki ke atas dengan lutut dalam keadaan lurus. Kemudian perlahan- lahan turunkan kaki ke lantai. Ulangi kaedah ini pada lutut sebelah.
- Ulangi kaedah ini minima 5 kali.
Cat and camel
- Posisi : merangkak
- Cara melakukan : perlahan-lahan bahagian belakang melendut ke bawah (melengkung ke bawah) dan muka menghadap ke dinding. Kemudian gerakkan otot abdominal ke dalam dan bahagian belakang melengkung ke luar.
- Ulangi kaedah ini minima 5 kali.
Hip Extension
- Posisi : Merangkak
- Cara melakukan : gerakkan lutut ke arah kedepan, dan ke belakang sehingga kedua-dua blutut dan peha selari dengan lantai.
- Ulangi kaedah ini minima 5 kali
Seketika kita fikir , Sampai bila kita mahu sakit ini membelenggu, sampai bila tidur malam kita sentiasa dalam kesakitan bila berbaring , sampai bila diri kita sakit bila berdiri lama-lama.sampai bila kadang-kadang kita perlu bertongkat sebab susah nak melangkah akibat pinggang sakit kadang-kadang sampai ke punggung? solat juga kadang-kadang dalam keadaan duduk.saya telah merasai ini selama 2 tahun .
Alhamdulillah , kini saya semakin pulih , tidur saya semakin lena , berjalan juga sudah tiada tongkat . solat juga sudah boleh berdiri . syukur pada Allah, dengan mengamalkan set tulang shaklee ini , kita berusaha Allah penyembuhnya.
saya amat mencadangkan yang alami sakit tulang , mengamalkan set tulang shaklee ini. hilangkan rasa sakit-sakit kita dahulu. kembalikan kesegaran dan kemantapan tulang kita . Dengan kesedaran kita mahu pakai badan kita masih lama. in Shaa Allah.
boleh hubungi saya untuk ketahui lebih lanjut set tulang shaklee ini atau terus membuat pembelian secara online di bawah.