Cara semulajadi untuk melegakan sakit semasa kontraksi

Salam Semua .. Makin Dekat nak bersalin, Makin berdebar2.. semua nak yg terbaikkan .. 
ok jom kita baca tips2 yg sedikit sebanyak boleh membantu kita .


1. Dapatkan Kehangatan
(i) Ambil beg diperbuat dari kain, isikan dengan sekam gandum dan panaskan untuk beberapa minit dalam ketuhar gelombang mikro dan kemudian lekapkan di belakang anda untuk membantu melegakan kontraksi anda. Selain itu, boleh juga gunakan botol berisi air panas.
(ii) Cara kedua adalah melalui urutan. Mendapatkan seorang untuk mengusap belakang anda akan memanaskan kulit ada dan juga merangsang badan anda untuk melepaskan bahan semula jadi untuk melegakan sakit.
* Semasa sakit kontraksi, usapan suami sangat perlu melegakan kesakitan. Alhamdulillah dengan adanya suami.

2. Pernafasan
Tarik nafas dalam pada permulaan kontraksi dan r-e-l-a-k-s semasa anda menghembus nafas. Kemudian, tarik nafas melalui hidung anda dan hembuskan nafas melalui mulut anda, dengan melembutkan mulut dan pipi anda. Dan lakukannya berkali-kali. Tumpukan sepenuhnya kepada pernafasan anda semasa kontraksi meningkat dan semasa ia reda. Apabila kontraksi sudah berakhir, r-e-l-a-k-s.
* Teknik bernafas ini yang ibu tercari-cari. Tarik nafas seperti biasa dan hembus melalui mulut perlahan-lahan. Sakit semasa kontraksi pada ibu tidak perlu mengambil ubat tahan sakit kerana sakitnya memang tidak tertahan lagi. nanti buat mengantuk sahaja apabila sudah selesai segalanya. Targetnya adalah menyusukan anak selepas melahirkan ;).



3. Berehat
Pada awal Kelahiran, perkara terbaik yang anda boleh lakukan ialah menyediakan diri anda untuk menanggung kesakitan dengan menyimpan tenaga anda secara berehat. Pastikan diri anda seselesa dengan berada di atas katil atau kerusi.
4. Menukar Posisi
Pelahiran anda akan bergerak dengan lebih perlahan jika anda berbaring dan apabila perlahiran semakin panjang, semakin letihlah anda nanti. Banyakkan berdiri – tetapi pilihlah satu posisi yang berasa selesa. Berdiri dan bersandarlah pada katil atau suami anda. Atau berlutut dan bersandar atas kusyen kerusi. Berlutut dengan satu kaki diangkat akan menyediakan lebih ruang dalam pelvis anda dan memudahkan bayi anda dilahirkan. Duduklah dalam keadaan merangkak untuk melegakan sakit belakang. Duduk sebentar di kerusi, kemudian bangun dan berjalan untuk seketika. Goyangkan punggung anda sebanyak mungkin – ini akan menggalakkan bayi untuk bergerak!
* Ini pelajaran baru buat ibu. , pengalaman berdiri sememangnya mempercepatkan bukaan. Bayangkanlah hanya berdiri sejam dua 10 minit sahaja, bukaan 2cm semasa jam 9 pagi jika ibu tidak silap terus menjadi 6cm, dia perlu diantar ke labour room. Moralnya, banyakkan berdiri ataupun posisi-posisi yang disebutkan di atas untuk mempercepatkan bukaan dan seterusnya melahirkan insyaAllah pasti dengan izin Allah.



Sila google babycentre.com.my

Maklumat lanjut mengenai cara semula jadi untuk melegakan sakit

Berikut disenaraikan maklumat lanjut tentang bagaimana anda boleh menangani kesakitan dan menguruskan proses pelahiran anda dengan baik:

• Dapatkan maklumat lanjut: lebih banyak yang anda tahu, lebih relakslah anda.
• Bernafas secara beritma dan relaks semasa anda menghembus nafas.
• Dakap suami anda atau teman pelahiran anda.
• Minum sedikit air sambil menunggu antara kontraksi.
• Makan makanan yang kaya dengan karbohidrat apabila anda terasa lapar. (Makan kurma sembunyi-sembunyi untuk tenaga segera ketika di labour room 🙂
• Kipas diri anda dengan kipas elektrik.
• Mengerang dan mengadoilah: inilah satu-satunya masa anda harus menghapuskan rasa malu anda sebab mengeluarkan bunyi menunjukkan kesakitan adalah cara terbaik untuk melegakan kesakitan!
• Pegang tangan suami anda.
• Bayangkan bayi anda bergerak turun ke pelvis anda dengan setiap kontraksi.
• Berguraulah dengan suami anda; adakan perspektif positif! 
• Ciuman (daripada suami, ibu, kakak dan rakan anda).
• Dengar musik untuk membantu anda relaks. (Kebiasaannya jururawat akan mengajak kita berzikir sebagai penenang)
• Bergerak untuk membuatkan anda seselesa mungkin.
• Baring di atas longgokan bantal yang besar atau kusyen besar (anda boleh meminta pihak hospital menyediakan bantal atau anda boleh bawa bantal anda sendiri).
• Bukalah pelvis anda seluas mungkin untuk membantu anda melahirkan bayi anda, contohnya,berlutut di atas satu kaki dengan yang sebelah lagi keluar di sisi.
• Berfikir secara positif: ‘Setiap kontraksi membawa saya hampir kepada kelahiran bayi saya’.
• Menyoallah tentang apa yang anda kurang faham; menjadi takut akan membuatkan kesakitan menjadi lebih teruk.
• Goyangkan pelvis anda dalam bulatan, ke belakang dan ke hadapan dengan setiap kontraksi.
• Hembus nafas secara perlahan dengan setiap nafas.
• Percayalah dengan badan anda; sesungguhnya anda pandai melahirkan bayi!
• Fahami rawatan yang ditawarkan; jika anda faham, anda boleh bekerjasama dan memudahkan keadaan.
• Kerap pergi ke tandas; pundi kencing yang penuh akan melambatkan pelahiran anda.
• Berjalan-jalanlah untuk melegakan lenguh dan sakit dan merangsang kontraksi.

• Cuba tidur dalam masa antara kontraksi (Ini tidak mungkin)



Kelahiran sudah dekat ?
sudahkah anda memilih set berpantang?
Saya pilih set terbaik iaitu set berpantang Shaklee
kliksini untuk baca set berpantang shaklee terbaik
kenapa .. selamat , merangkumi semua aspek ,,,sihat , cantik ,kurus, banyak kan susu…




CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel
FACEBOOK : Aizah Azlem

Pakej : 
Tips-tips menarik 
konsuktasi sepanjang masa

hubungi saya dapatkan yang terbaik 🙂  

Kawasan COD 

Bandar Seri Putra – Bangi , Putra Makhota , KLCC , KTM Mid Velly , KTM Seputeh , KTM Salak Selatan , KTM Bandar Tasik Selatan , KTM Serdang, KTM Kajang , KTM UKM , KTM Kajang , KTM Batang Benar , KTM Nilai 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *