Tips Pemakanan Yang Baik ketika berpuasa 


Salam Semua beberapa je lagi kita akan melangkah ke bulan penuh rahmat , Bulan ramadhan kan .. 
sekejap je masa berlalu .  Pada Bulan puasa ni juga pemakanan kita perlu di jaga selain meningkatkan amal ibadat 🙂 . 

Sedapkan lauk pauk ni semua, tetapi kita di sarankan mengambil sekadar yang mampu , jangan membazir 🙂 
Semasa Kita berpuasa, sistem pencernaan kita yang sebelum ini bekerja hampir “24 jam sehari” dapat direhatkan, dan ini akan meningkatkan kecekapan sistem pencernaan kelak, sekaligus meningkatkan kadar pembebasan tenaga selepas berakhirnya bulan puasa (lebih sihat dan bertenaga). 
Bagaimana corak pemakanan yang baik semasa berpuasa ? sebenarnya , terletak pada  “keperluan tubuh badan”. Ketika bersahur, kita memerlukan sesuatu yang perlahan dan lambat untuk dicerna untuk kegunaan tubuh badan sepanjang tempoh lebih 12 jam berpuasa, manakala ketika berbuka kita memerlukan sesuatu yang cepat untuk dicerna untuk keperluan tenaga segera

Jom Kita tengok pemakanan ketika bersahur dan Berbuka :- 

Sahur

Dapatkan makanan yang tinggi kandungan seratnya kerana serat merupakan kunci yang melambatkan pencernaan makanan. Makanan berserat juga akan menahan insulin, iaitu hormon yang bertindak membawa masuk glukosa ke dalam sel, daripada dirembeskan terlalu cepat dan banyak. Ini menstabilkan proses penghadaman secara keseluruhan.
Selain itu, pengambilan karbohidrat kompleks ketika bersahur adalah amat disyorkan. Bergantung kepada kuantiti yang diambil, karbohidrat kompleks mengambil masa kira-kira 8 jam untuk dicernakan sepenuhnya. Sertakan juga dengan pengambilan protein kerana struktur protein yang lebih kompleks akan melambatkan lagi proses pencernaan. Pilihlah protein yang rendah Biological value (BV) kerana lebih rendah nilai BV, maka lebih lambat protein itu diguna pakai oleh badan. Antara yang disyorkan ialah Ikan (83), Daging (80), Ayam (79), Casein (80), Soya (74) dan kekacang (49).
Akhir sekali, pastikan jumlah pengambilan air adalah mencukupi. Ini kerana keletihan utama ketika berpuasa adalah disebabkan oleh kurangnya air dalam badan dan bukannya disebabkan perut terasa lapar atau tak cukup makan (melainkan anda memang tak sahur pada awal pagi tersebut). Berapa banyak yang diperlukan? 3-5 gelas air, diagih secara berperingkat dari awal sahur, hinggalah ke akhir sahur. Elakkan daripada mengambil garam berlebihan dalam makanan atau minum kopi (kafein) ketika bersahur kerana ia bersifat diuretic – bermaksud tubuh akan lebih cenderung/kerap untuk menyingkirkan air daripada badan menerusi air kencing, sekaligus anda mudah berasa dahaga ketika berpuasa.
Berbuka 
Selepas niat berbuka puasa, mulakanlah dengan karbohidrat ringkas seperti segelas minuman manis dan beberapa biji kurma. Bagi mereka yang sedang dalam proses membina badan, atau dalam proses menurunkan berat badan, tetapi hendak memelihara otot sebanyak yang mungkin, bolehlah diambil satu hidangan whey protein bersama beberapa biji kurma (atau buah-buahan lain seperti pisang atau betik).
Elakkan makan makanan yang berat secara menerus kerana pada ketika ini badan berada pada fasa yang dikenali sebagai “Insulin Spike“, memandangkan paras glukosa dan insulin dalam darah sebelum ini adalah rendah dek kerana berpuasa. Ketika fasa ini, insulin akan dirembeskan dengan mendadak pada kadar yang banyak, untuk membantu transportasi glukosa ke dalam sel. Ini mengakibatkan paras glukosa dalam darah jatuh kembali dengan mendadak, dan otak akan mula berfikir bahawa badan kekurangan sumber glukosa, sekaligus memberikan isyarat bahawa tubuh badan masih lapar dan memerlukan lebih makanan; ini akan mengakibatkan anda makan secara berlebihan kelak.
Beri masa kepada perut untuk ‘warm up‘, dan gunakan tempoh transisi yang ada untuk menunaikan solat maghrib terlebih dahulu sebelum mencernakan sesuatu yang lebih berat, terutamanya makanan berminyak. Jangan dilupa juga 2-3 gelas air masak (atau air manis, jika kurma tidak diambil) untuk memastikan sel di dalam badan dihidratkan semula.
Kadang-Kadang ada yang memang tidak tahan dan lesu ketika berpuasa, tips yang paling menarik dari saya adalah dengan pengambilan set berpuasa dari shaklee. Supaya rasa lebih bertenaga dan bersemangat sepanjang berpuasa . 

Apakata mereka ? 
Alhamdulillah , nak ajar anak-anak berpuasa pun boleh, ni pun musim terlampau panaskan badan cepat sangat jadi penat .. tak salah kita mencuba ,dan tak rugi pon beli set ni selain untuk tega dia baik juga untuk kulit dan penambah nutrisi 🙂  sekeluarga boleh ambil . Apa pun doa pada Allah ada yang paling utama 🙂 supaya kita dapat sempurnakan ibadat ini dengan penuh keberkatan .. 

selamat berpuasa 🙂 

Hubungi saya
CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel
FACEBOOK : Aizah Azlem

Pakej : 
Tips-tips menarik 
konsuktasi sepanjang masa

hubungi saya dapatkan yang terbaik 🙂  

Kawasan COD 

Bandar Seri Putra – Bangi , Putra Makhota , KLCC , KTM Mid Velly , KTM Seputeh , KTM Salak Selatan , KTM Bandar Tasik Selatan , KTM Serdang, KTM Kajang , KTM UKM , KTM Kajang , KTM Batang Benar , KTM Nilai 



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *