Salam Ibu-ibu, kali ini saya kemukan entri mengenai bayi songsang , kini saya hamil 32 minggu last check up bayi melintang.bahasa doktornya transverse posisi. Panic la jugak kan.walaupun nurse cakap masih ada peluang untuk berpusing dalam keadaan normal- kepala kebawah.Pesan Nurse lagi jangan pergi berurut sebab baby dah besar takut ada kesan lain akan dihadapi . masa anak sulong Alhamdulillah tiada masalah seperti ini. Jadi bermulalah pencarian maklumat mengenai kes bayi songsang dan di tampilkan pula untuk anda . Semoga memberi pencerahan dan info bermanfaat pada semua.
Dalam sepanjang kehamilan, terdapat ruang yang mencukupi dalam rahim untuk bayi (janin) untuk menukar kedudukan/ posisi. Kebanyakan kedudukan kepala bayi di bawah menjelang minggu ke-36. Ini adalah kedudukan bayi untuk dilahirkan normal dan selamat. Kedudukan kepala bayi masih di atas boleh dikatakan kedudukan bayi songsang.Terdapat kira-kira 4/100 kelahiran, bayi tidak boleh memusingkan kepala semula jadi dalam lewat kehamilan. Jika kedudukan bayi sangsang biasanya pembedahan cesarean dilakukan. Daripada jumlah ini, lebih kurang 3 peratus kehamilan bayi dalam kedudukan songsang (breech) iaitu di mana kepada di atas dan punggung bayi terletak di bahagian bawah. Bayi juga boleh dalam kedudukan melintang (transverse) ataupun kedudukan serong (oblique)
Apa sebab bayi songsang ?
- Tiada Sebab jelas kenapa situasi ini berlaku
- Pra-matang yang bermula sebelum 37 minggu kehamilan, kebiasaanya bayi tahu bila hendak berpusing balik
- Sejarah sebelumnya juga songsang
- Anak Kembar 2 atau lebih, ini menyebabkan ruang yang terhad untuk 2 bayi atau lebih mengehadkan mereka berpusing ke bawah sebelum bersalin.
-
Cecair air ketuban yang terlalu banyak atau terlalu sedikit dalam rahim. Air ketuban yang terlalu banyak memberi lebih ruang dan bayi bebas berpusing di saat-saat kelahiran. Air ketuban yang terlalu kurang mengehadkan bayi menukar posisi di saat-saat kelahiran jika kepala bayi masih di atas.
-
Masalah rahim seperti rahim yang berbentuk aneh atau terdapat pertumbuhan fibroid dalam rahim. Jika fibroid dalam rahim terlalu besar, ia juga mungkin menghalang bayi untuk memusing.Otot rahim yang lemah dan regang akibat daripada kehamilan yang lalu.
-
Masalah pada bayi ( Doakan anak-anak kita tiada masalah)
Tanda-tanda bayi Songsang :–
Anda tidak dapat merasa sama ada bayi anda songsang. Tetapi jika anda mengandung lebih daripada 36 minggu, anda mungkin boleh merasakan kepala bayi menekan tulang rusuk anda dan / atau anda berasa bayi menendang dalam bahagian bawah abdomen. Anda harus berjumpa dengan doktor anda untuk pemeriksaan.
Bagaimana kedudukan songsang didiagnosis?
Semasa pemeriksaan rutin lewat kehamilan anda, doktor anda akan memegang bahagian atas dan bawah abdomen anda dan boleh melakukanultrasound scan untuk mengetahui kedudukan bayi anda.
Bagaimanakah kedudukan bayi songsang dirawat?
Kadang-kadang doktor mungkin boleh memusingkan kedudukan bayisecara manual dari kedudukan songsang kepada kedudukan kepala di bawah dengan menggunakan prosedur yang dipanggil external cephalic version. Jika bayi boleh memusing ke bawah sebelum kelahiran bermula, anda mungkin boleh melahirkan bayi melalui faraj.
Bagaimana kedudukan bayi songsang boleh dilahirkan dengan selamat?
Kebanyakan doktor akan mencadangkan anda menjalani pembedahan cesarean di mana ia merupakan cara bersalin yang paling selamat untuk bayi. Tetapi anda mungkin merancang untuk cara kelahiran songsang (breech birth). Berbincang dengan doktor anda mengenai cara yang paling selamat untuk bayi songsang anda.
Apakah itu kaedah ECV(External Cephalic Version)?
ECV ini dilakukan pada usia kandungan 36 hingga 37 minggu kerana awal dari itu bayi akan pusing balik menjadi songsang dan kalau lewat pula,sukar dilakukan kerana air ketuban telah berkurangan. Saya yang penting disini adaalh jika berlaku komplikasi semasa ECV yang memerlukan bayi dilahirkan secara caesarean maka 36 minggu keata sudah tidak lagi menjadi masalah tentang kematangan mereka. Sebab itu ECV mesti dilakukan olih yang telah terlatih,dihospital yang ada dewan bedah dan pemantauan bayi dengan CTG. Kejayaannya adalah 50% dan dengan ini kita bolih mengurangkan setengah dari risiko caesarean. Kira-kira 3 % akan pusing balik menjadi songsang.
Tidak semua ibu yang mempunyai kandungan songsang bolih melakukan ECV.
Mereka yang tidak bolih ECV dilakukan:
· Kes-kes yang memang sudah plan nak caesarean
· Perdarahan antepartum
· Anak yang terbantut pembesarannya/IUGR
· Kekurangan air ketuban
· Isoimmunasasi Resus
· Pre-eclampsia
· Pernah di Caeserean.
Kriteria untuk kelahiran normal bagi anak songsang
· Bayi mesti sihat
· Berat <4
· Sakit bersalin secara natural
· Breech jenis Extended.
Mencuba secara semulajadi
1. Sama-sama kita amalkan ayat ini ye. Berdoa pada Allah
2. Ada yang mencadangkan supaya kita berada sujud lama.mengikut kemampuan kita sambil pujuk-pujuk baby.
3. Cuba letak ice pack atas perut atau dekat kepala baby, nanti baby rasa kepala sejuk dia akan tukar position ( cadangan ini di ambil dari forum ratuhati)
4. Cuba main-main lampu picit, letak dekat ari-ari, baby akan bergerak ke arah cahaya tersebut.( cadangan ini di ambil dari forum ratuhati)
5. Selain itu boleh cuba doa selusuh. saya pun ingin mencuba ni.
( dipetik dari blog http://fadzilahhasan.blogspot.com/2009/10/doa-selusuh-untuk-ibu-mengandung.html )
Sebenarnya, air / minyak selusuh boleh dibuat sendiri atau merujuk kepada pengamal perubatan Islam. Doa yang boleh digunakan untuk membuat selusuh ialah (sila rujuk buku Rawatan Pesakit Menurut al-Quran dan As Sunnah – Prof Dr Haron Din & Dr Amran Kasimin):
i. Surah al-Fatihah
ii. Baca ayat “Lau Anzalna … akhir” (Surah al-Hasyr)
iii. Solawat Syifa’
iv. Doa berikut:
اللهم بِحَقِّ مريم وبِحَقِّ مَنْ أُنْزِلَتْ عَلَيْهِ سورةُ مريم خَفِّفْ عَنْهَا (سبوت نام) آلامها المَخَاض برحمتك يا أرحم الراحمين
(jika tidak jelas , doa seperti saya lampirkan di atas ya )
Selepas baca doa-doa tersebut, tiup di air yang disediakan (sebaiknya air zam-zam). Air diberi minum seminggu sebelum tarikh jangka kelahiran bayi dan disapukan di perut ibu dari atas ke bawah diserta dengan selawat sebanyak tujuh kali. Air / minyak diminum satu sudu ketika sakit mulai terasa. Bagi ibu yang menghadapi masalah bayi melintang, sapukan air dari perut ke bawah, betulkan kedudukan bayi kemudian diberi minum air.
In Shaa Allah, Jom Sama-sama kita berusaha. semoga Kita selamat untuk melahirkan anak yang sihat ,In Shaa Allah.
Berdebar-debar pulak kan 🙂
Semoga membantu kita semua.
Adakah anda sudah memilih set berpantang yang betul ? saksikan video dibawah bagaimana wanita ini mengamalkan amalan berpantang dengan betul sehingga beratnya turun sebanyak 20kg
Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow!
CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
konsuktasi sepanjang masa
Post Views: 2,618
ummu
July 31, 2015 at 12:13 amWah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Tips Betulkan Bayi Songsang
kaknida
October 8, 2015 at 5:42 aminfo berguna ni..thx for sharing 🙂
Rahmah Mohid
November 25, 2015 at 11:58 amGood info!
Rahmah Mohid
November 25, 2015 at 11:59 amGood info!
Unknown
March 24, 2016 at 4:19 pmMohon share sis..info bguna..tq ye..
Unknown
March 24, 2016 at 4:27 pmMohon share sis..info bguna..tq ye..
Anonymous
March 30, 2016 at 10:53 pmThanks Sis… Good info:-)