Kenapa Bayi Menangis Saat Di Lahirkan ?

Assalamualaikum semua ,

Apabila kita melahirkan bayi, majoriti bayi kita akan menangis bila sudah berasingan dengan ibu. Ibu bapa juga bila bayi di lahirkan, mesti tertunggu-tunggu tangisan anak. Masih ingat saya ketika melahirkan anak saya yang pertama, tiada tangisan langsung.nurse terus memberikan bantuan supaya anak menangis.Anak kedua pula dilahirkan sahaja terus menangis.

Tetapi tahukah kita apa makna tangisan pertama saat dilahirkan kedunia ? kenapa kita perlu azankan bayi setelah di lahirkan ? Adalah bayi kita sejuk? atau fitrah ?




Jawapannya,

Tidak ada seorang pun dari bani Adam yang lahir yang tidak diganggu oleh syaitan ketika ia dilahirkan. Maka ia akan menangis dengan kuat kerana gangguan syaitan itu. (HR Bukhari , Kitab al-Anbiya no 3201)
Imam Muslim juga ada meriwayatkan hadis yang berbunyi:
Jeritan bayi yang dilahirkan adalah kerana gangguan dari syaitan.(HR Muslim, Kitab al-Fadail no.4372)
Kedua-dua hadis di atas bertaraf hadis sahih yang mana ia adalah khabar yang benar dan dipercayai.  Hakikatnya syaitan telah pun berjanji dengan Allah bahawa ia akan mengganggu manusia dengan apa cara sekalipun dan sentiasa berusaha untuk menyesatkannya. Syaitan tidak akan melepaskan walau sesaat dan tidak pernah leka untuk melalaikan dan mengganggu kehidupan dan ketenteraman manusia.
Jadi inilah yang bersangkutnya dengan azan/iqamat semasa bayi kita telah dilahirkan ke dunia ini. Pentingnya kita lakukan sebaik sahaja dilahirkan.
Kalau ikutkan orang-orang tua juga amat titik beratkan penjagaan bayi baru lahir ini kan. Macam-macam pantang larang.
Doa Untuk Anak :- 
Untuk melindungi bayi yang baru lahir dari gangguan syaitan, al-Quran telah mengajarkan doa yang perlu dibacakan kepada si bayi iaitu doa yang dibacakan oleh bonda Saidatina Maryam tatkala Saiditina Maryam dilahirkan ke dunia.
Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang Yang Aku harap-harapkan ialah anak lelaki), – dan Allah memang mengetahui akan apa Yang dilahirkannya itu – dan memanglah tidak sama anak lelaki Dengan anak perempuan; dan bahawasanya Aku telah menamakannya Maryam, dan Aku melindungi Dia Dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan Syaitan Yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)” (Ali Imran ayat 36)
Dari ayat di atas jelas menunjukkan bahawa doa yang dimaksudkan ialah;
Aku melindunginya dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)
Terdapat juga sebuah doa yang sering dibacakan oleh baginda Rasul terhadap kedua cucunya iaitu Sayidina Hasan dan Sayidina Husin iaitu:
Aku pohon perlindungan untuk kedua kamu dengan kalimah Allah yang sempurna dari setiap syaitan dan kejahatan dan dari hasad dengki yang mencelakan.(HR Bukhari didalam Kitab Khalqu Af’al al-‘Ibad no. 171
Cara Mendidik anak di zaman moden :- 
Lihat video ini , tips mendidik anak di zaman serba cangih .AMat berguna kita sebagai ibu bapa
.

 Mungkin Anda Juga Meminati :-



                                                      

CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel
FACEBOOK : Aizah Azlem

Pakej : 
Tips-tips menarik 
konsuktasi sepanjang masa

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *