Salam semua , 

Siapa dah overdue nak bersalin , mesti berdebar-debarkan ? mesti cari macam2 petua atau cara untuk cepatkan proses bersalin ni.. tak nak kene induce … jadi setelah cari-cari apa-apa yang boleh membantu , teringin pulak nak share kat sini .jom sama-sama kita praktis kan … 






Apa yang boleh bantu kita untuk mencetuskan contraction ?
  • Banyakkan berjalan
  • Sexual intercourse
  • Minum Minyak 
  • melakukan senaman contoh mencangkung 
  • rangsangan pada puting susu..
  • minum air hujung rambut selepas mandi
  • Pujuk-pujuk baby
 Selain itu , apa yang kita nk share lagi cara senaman yang boleh kita lakukan :- 

Maksud senaman kat sini bukanlah senaman yang berat-berat tu yea , senaman ini khas untuk macam kita ni yang tengah hamil 🙂 

Tailor Sitting
Kebaikannya
Posisi ini dapat meregangkan otot di paha dan pelvis. Dapat memperbaiki postur badan. Melembutkan sendi pelvic. Memperbaiki peredaran darah ke bahagian bawah badan.


Kaedahnya:
Duduk di atas lantai dengan belakang badan anda tegak. Temukan tapak kaki, pastikan lutut anda mencecah lantai. Anda akan terasa regangan pada bahagian dalam paha. Lakukan senaman ini setiap kali anda duduk di lantai. Jika sukar untuk duduk dalam posisi ini, sandar pada dinding dan alas setiap paha anda dengan bantal/kusyen.

Pelvic rock

Kebaikannya:
dapat meregangkan otot-otot di bahagian bawah belakang dapat mengurangkan sakit belakang.

Kaedah
Posisi diri anda dalam keadaan seperti merangkak. Perut/belakang rata. Naikkan perut/belakang anda seperti posisi kedua. Tunggu beberapa saat. Rehatkan perut anda semula, ratakan kedudukan perut / belakang. Ulang beberapa kali, sebaik-baiknya 10 kali.

Wall slide
Kebaikannya:
Mencangkung semasa hampir bersalin dapat membantu membuka laluan dengan lebih cepat. Tetapi ia agak meletihkan terutamanya tanpa latihan. Cuba senaman ini sebagai latihan. 


Kaedah:
Berdiri dan sandar belakang anda pada dinding.  Kangkangkan sedikit kaki anggaran jarak bahu anda. Turunkan badan anda ke bawah (slide down) sehingga anda dalam kedudukan seperti duduk di atas kerusi. Tahan beberapa saat. Naik ke atas semula. Ulangi beberapa kali. 10 kali sebaik-baiknya. Anda juga boleh melakukan senaman ini tanpa dinding.


note : lakukan bila sudah cukup bulan, maksudnya selepas 37/38 week:: 


Jadi apa tunggu lagi jom lah kawan-kawan kita praktiskan … 
 

 Dan selamat bersalin semua …

====================================================

JOM BERPANTANG DENGAN SIHAT , CERGAS DAN CANTIK MACAM AKAK DALAM VIDEO NI , SEHINGGA TURUN BERAT 20KG DENGAN SENANG !! MACAM MANA DIA BUAT??
JOM SAKSIKAN VIDEO NI !! 

 

YANG PENTING BOLEH JIMAT TAPI BERKESAN!! 

                                     CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031

FANPAGE : butiksihatcomel
FACEBOOK : Aizah Azlem



Kawasan COD 



Bandar Seri Putra – Bangi , Putra Makhota , KLCC , KTM Mid Velly , KTM Seputeh , KTM Salak Selatan , KTM Bandar Tasik Selatan , KTM Serdang, KTM Kajang , KTM UKM , KTM Kajang


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *