Assalamualaikum semua, luka bersalin secara pembedahan memang perlu penjagaan yang rapi dan kebersihan amat perlu di titik beratkan kerana luka yang di jahit lebih dalam dan supaya tidak dijangkiti kuman dan seterusnya jahitannya terbuka dan lagi parah ada sesetengah kes akan bernanah dari dalam. semoga dijauhkan perkara ini berlaku ke atas kita. Itulah pentingnya ” Berpantang” .
Ada sesetengah ibu, amalan berpantang tidak penting dan kurang menitik beratkan penjagaan. Bagi pandangan peribadi saya , berpantang ini sebenarnya amat penting , tidak kiralah berpantang dengan cara moden ataupun traditional. Berpantang sangat-sangat membantu luka-luka kita sembuh dengan baik dan sempurna dari dalaman hinggalah luaran.
Apabila amalan berpantang tidak dititik beratkan mungkin akan berlaku masalah luka bersalin lambat sembuh dari dalaman. Kawan saya pernah mengadu, ” sudah setahun setengah bersalin, tetapi tempat pembedahan masih lagi rasa pedih dan ngilu”. Cuba ingatkan kembali tahap berpantang kita sewaktu dulu, bagaimana kita kendalikannya ? Tugas suami juga amat penting dalam membantu isteri ketika tempoh berpantang, daripada sokongan fizikal sehinggalah sokongan mental.
Apa yang menyebabkan luka pembedahan bersalin lambat sembuh ialah :-
1) Penyebab 1 :: Pemakanan
Berpantang makanan amat penting dan amalan ini juga telah di lakukan sejak turun temurun lagi. Ada makanan yang tidak boleh di sentuh ketika berpantang kerana makanan itu mungkin akan memudharatkan luka-luka kita , dan lagi parah jika makanan itu benar-benar bisa dan boleh menyebabkan nanah dari dalaman. Jadi kita boleh cek apa makanan yang tidak boleh di ambil dan apa yang boleh di ambil ketika berpantang. Semasa saya berpantang hari tu , ayah saya amat berdisiplin dalam menyediakan makanan berpantang saya. sehingga menu harian saya , ayah saya tentukan :). biasanya ikan bakar kunyit , nasi panas , sayur sawi . ataupun ikan singgang ( lauk orang terengganu).
Diantara makanan yang perlu di elakkan ketika berpantang ialah :-
1) kulit ayam, ini boleh menyebabkan luka lambat sembuh dan bernanah.
2) Seafood, seperti ikan tongkol , ikan bawal , sotong , udang , ia boleh menyebabkan luka gatal-gatal dan boleh menyebabkan alahan yang teruk.
2) Penyebab 2 :: Aktiviti
Bagaimana aktiviti kita semasa berpantang ? tidak bergerak langsung , hanya terbaring ataupun sentiasa bergerak sana-sini seperti tidak berpantang? ada sesetengah ibu , 24 jam hanya terbaring kecuali bangun hanya ingin ke tandas dan menyusukan bayi . 24 jam hanya terbaring tanpa melakukan aktiviti yang lain. Sebenarnya , aktiviti seperti di atas tidak elok untuk proses penyembuhan luka. Apa yang di sarankan ialah lakukan aktiviti ringan seperti berjalan setakat yang mampu contoh bangun berjalan ke tandas , ke dapur . Aktiviti ini membantu darah mengalir di tempat luka dan lebih cepat proses pemulihan berlaku. Tetapi di nasihatkan jangan lakukan aktiviti yang berat dan memudharatkan.Elakan mengangkat berat untuk elakan perananakan jatuh.
3) Penyebab 3 : Kebersihan
Kebersihan ketika mengedalikan luka pembedahan bersalin agak rumit. perlukan perhatian yang lebih. Selain itu perlu tahu cara memcuci , mengeringkan yang betul. Kita perlu pastikan tangan kita bersih sebelum mencuci tempat jahitan. selain itu , kawasan kita duduk juga perlu pastikan bersih , di khuatiri kuman boleh berpindah di kawasan luka tanpa kita sedari. Kapas juga perlu di simpan di tempat yang bersih. . In Shaa Allah.
Tips menjaga luka :-
Bagi mengelakkan jangkitan dan bernanah, pastikan luka sentiasa bersih dan kering:
• cuci luka ketika mandi
• keringkan luka dengan pengering rambut
• sapukan ubat yang dibekalkan terutama sebelum memakai bengkung
• letakkan tisu sebagai lapik sebelum memakai bengkung bagi menyerap peluh terutama pada bahagian luka
4) Penyebab 4 : Keadaan Fizikal
Apa yang di kaitkan dengan keadaan fizikal kita?Keadaan luka kita itu ada sesetengahnya di biarkan dalam keadaan lembap dan basah. ini perlu di elakan, pastikan tempat jahitan sentiasa kering. Selain itu , jika ada masalah kesihatan yang lain seperti kencing manis . Sentiasa tampung abdomen dengan struktur badan yang betul ketika berjalan dan berdiri. Pegang abdomen berhampiran dengan luka semasa batuk, bersin atau ketawa.
5) Penyebab 5 : Kurang minum Air
Ada sesetengah orang yang berpantang, tidak mengalakan minum air yang banyak. Sebenarnya itu salah, ketika berpantang kita amat perlu minum air yang secukupnya. kekurangan air boleh menyebabkan timbulnya masalah dengan sistem perkumuhan dan terjadinya sembelit. keadaan ini akan menyebabkan tekanan kepada perut dan sakit di tempat jahitan atau luka. jadi pastikan minum air kosong yang banyak . selain membantu proses penyembuhan , ia juga membantu pengeluaran susu yang baik.
6) Penyebab 6 : Kekurangan Zat
Apabila kita dalam keadaan berpantang ini , banyak benda yang kita tidak boleh ambil dan makan mengikut amalan traditional kita. Contohnya makanan yang kaya dengan sumber protien seperti daging dan ayam , pada awal berpantang makanan ini tidak di galakan di khuatiri takut sembelit , sebenarnya sumber-sumber inilah yang membantu proses penyembuhan luka kita. Selain itu , bayam juga sesetengahnya tidak boleh diambil di sebabkan ia sayuran berjenis sejuk, sebenarnya bayam ini penuh khasiat dengan zink untuk bantu penyembuhan luka kita.
Banyak lagikan kita tidak boleh ambil makanan yang berkhasiat lain untuk membantu luka pembedahan kita cepat sembuh. Tapi sekrang tidak perlu risau lagi , dalam berpantang pun kita boleh ambil khasiat-khasiat makanan terlarang ini secara selamat dengan Set berpantang shaklee. Dengan Set berpantang shaklee ini, bukan sahaja membantu proses penyembuhan dari luaran malah dari dalaman juga . seain membekalkan kita zat-zat yang amat bagus dalam penghasilan susu badan kita.
Set Bersalin shaklee adalah yang terbaik,
saya juga salah seorang pengguna set bersalin ini. Alhamdulillah saya merasai keberkesanannya selain ia sangat menjimatkan.
Dengan set bersalin shaklee ini saya :-
Pilihan 1
1) Vivix :-
vivix ini memang terbaik , memang luka cepat sangat sembuh dan selain itu, susu badan juga boleh bertambah dalam masa yang sama ia membantu memulihkan peranakan dan luka dalaman yang lain.
Pilihan 2 ) Set Berpantang Lengkap Shaklee
Saya telah merasainya :-
1) Turun berat sebanyak 14 kg dalam masa 44 hari ( tempoh berpantang)
2) Luka bersalin saya cepat sembuh Alhamdulillah.
3) Dalam masa berpantang saya kurang dah sembelit dan tak perlu risau lagi bila nak membuang
4) Badan Saya rasa cergas , bertenaga walaupun saya menjaga anak sulong berusia 2 tahun ketika itu.
5) Kulit saya tidak kering , mengelupas
6) Paling best , stretch mark kat perut semakin pudar dan kesan parut hampir hilang .
7) Susu badan saya pekat dan Alhamdulillah mencukupi untuk anak saya
8) yang ini paling penting , ia sangat menjimatkan!! kerana dengan sekali pembelian vitamin ini adalah untuk penggunaan sepanjang berpantang dan ada yang selepas berpantang juga masih ada baki yang boleh teruskan pemakanan contohnya zink untuk penggunaan selama 4 bulan , zink adalah salah satu yang penting untuk cepatkan sembuh luka , jadi masa 4 bulan makan memang sesuai untuk bersalin c-zer , mengikut pembacaan saya , bersalin c-zer paling minimum 6 bulan untuk proses penyembuhan dari dalaman .