Balik kampung tempoh hari , aizah berkesempatan untuk naik menara jambatan angkat kuala terengganu. memang cantik sangat pemandangan dari atas jambatan viral di kuala terengganu ni tau. Drawbidge kuala terengganu ni ada yang kata macam drawbidge london pun ya. betul ke ? pemandangan jambatan kuala terengganu ini pun cantik sangat bila waktu malam yang di hiasi lampu warna warni . jadi jika anda berkunjung ke kuala terengganu , wajib singgah di jambatan angkat kuala terengganu ini untuk mengambil gambar , video sebagai kenangan.

Masa aizah pergi akhir tahun 2019 nak masuk awal tahun 2020 . masa ni harga tiket masih promosi iaitu hanya RM 5 sahaja untuk warganegara dan rm 15 untuk bukan warganegara untuk kanak-kanak hingga dewasa.
jika bukan promosi dia ada lain harga untuk kanak-kanak , dewasa, warga emas dan juga bukan warganegara.

waktu operasi pula ialah :-

Dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi – 10 malam(Hari Jumaat tutup sewaktu solat Jumaat sahaja – 12.30 – 2.30 petang)

Ini adalah antara gambar-gambar aizah ketika naik menara jambatan kuala terengganu . jom tengok , jadi korang boleh la plan nak bergambar kat mana nanti :-

ini tiket dia . nanti kita kena touch untuk masuk ke dalam

gambar dari bawah menara jambatan angkat kuala terengganu, cantik kalau setting bebetul dan ambil gambar kat sini ..

anak saya dan anak buah , tempat ni kadang beratur juga nak ambil gambar sebab boleh nampak full menara sebelah sana .

sempat juga ambil gambar sini ..

gambar ni dari anjung jambatan , dalam anjung ni boleh nampak terus bawah jambatan tau .. gayatttt

haaa ni adalah kaca tau . .soooo boleh nampak bawahhhhhhhhh airrr … tinggii yak maatt..

haaa ramai menanti.. sebab nak masuk dalam ni limited je dalam satu masa… jangan degillll , nanti overloaddd naya

jadi pada korang yang nak pergi , pastikan bawak handphone , camera untuk rakam kenangan kat atas sana k ..

byeeeee … happy holidayy gaiss.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *