Bila kita ada anak-anak ni rasa sunyi kalau pergi travel tak bawa sama . rasa kekurangan sesuatu kan . Ada yang kata susah nak travel bersama anak kecil ni , tapi kalau ada cara yang sesuai dan betul , In Shaa Allah bersama anak-anak kita sangat menyeronokkan . Saya memang kalau nak bercuti ke mana-mana memang akan bawa anak sekali . meriah , best sangat . Bagi saya travel bersama -sama anak dan suami adalah moment yang sangat indah bagi saya . Saya pernah travel semasa anak- anak 4 tahun , 8 tahun dan 10 tahun ke utara , memula kami ke perlis , kemudian ke kedah dan penang , lalu ikut perak pula . seronokkkk sangat .

Jadi Kat sini saya sertakan TIPS TRAVEL bersama anak kecil supaya tak meragam dan melancarkan aktiviti kita. Biasalah ada anak kcil ini , kadang ok , kadang anak meragam . tapi kita kena sabar dan pujuk elok elok . In Shaa Allah . Jom ikut tips ni ya :-

# Tips Sebelum memulakan perjalanan :-

1) pakaian : pastikan pakaian anak-anak cukup dibawa mengikut keperluan, berapa hari anda ingin bercuti ,sehari berapa kali mahu di tukar? Bawa Baju tambahan jika anak-anak muntah dalam perjalanan.nak senang dan tak nak ada yang tertinggal, buatkan 1 list 🙂 contoh travel berapa hari , baru tentukan sehari berapa helai nak pakai dan baju apa . tengok pula pada aktiviti , baju boleh ikut aktivti kita lakukan .

2) First aid kit – Ubat-ubat anak , jangan dilupa tau , kadang-kadang anak-anak nak demam ni kita tak dijangka. Bawa sekali cek suhu untuk memudahkan kita pantau suhu anak jika demam. 

3) Sediakan Beg kecil – Beg kecil ni , saya selalu amalkan, letak keperluan utama pempers 2 keping sorang, baju 2 helai sorang , kain tuala kecil, tisu , susu yang dah siap bancuh sebotol sorang dan plastik . Supaya senang dan tidak perlu buka beg besar2 cari-cari baju n pempers semasa perjalanan. 

4) Sediakan Bekal untuk anak, makanan untuk anak-anak kecil ini sukar didapati di kedai, dia antara boleh kita bawa biskut , bubur , puri , air masak . untuk anak-anak yang usia 2 keatas boleh juga kita bekalan buah-buaha, biskut yang di suka ,snek , air masak / milo dan sebagainya.Makanan akan membuatkan mereka leka dan bila perut kenyang mereka juga kurang meragam

5) Bekalan Susu , Sediakan bekalan susu yang secukupnya atau lebih sebab kemungkinan tempat kita melancong itu tiada susu yang sama dengan anak kita,selain itu boleh juga membawa air panas di dalam termos dan air masak,lagi-lagi perjalanan dengan kereta atau pun keretapi.

6) Document Penting , Pastikan segala document penting ada seperti IC/Mykid.

7) Boleh juga bawa stroller atau carrier untuk menyenangkan semasa berjalan, jadi tak lah penat sangat kita nak mendukungkan..

Tips Semasa Bercuti

1) Pastikan aktiviti harian lebih santai berbanding aktiviti yang amat padat, ini untuk pastikan anak-anak tidak terlampau letih dan meragam. 

2) Elakkan berjalan terlalu lama sedangkan anak-anak sudah keletihan,mengantuk dan kelaparan, ini akan membuatkan mereka meragam dan macam-macam kerenah mereka yang mungkin akan membuatkan kita tertekan dan marah.

3) semasa berjalan juga, pastikan kita membawa bekal susu dan sedikit makanan seperti biskut atau snek.

Nikmatilah percutian kita dengan anak-anak dengan gembira, berlapang dada melayan kerenah anak-anak yang penuh warna warni. Sabar dan ikhlas akan menukarkan mood kita daripada negetif kepada positif dan menyeronokkan. In Shaa Allah. kita pun masa kecil juga penuh dengan warna -warni 🙂

Ada yang nak travel free ? jom contact aizah , klik icon whatsap di bawah pun boleh .

This image has an empty alt attribute; its file name is shakleebandarseriputra-01-1-1024x1024.png

#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #KERJAdarirumah #bisnesdarirumah #bisnessambiljagaanak

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *