Assalamualaikum bila tengok tengok gambar lama terjumpa gambar anak anak main playdoh buat sendiri dulu, jom repeat buat balik. dah lama rasanya terpendam hasrat nak buat Play Dough sendiri , yelah yang beli di kedai risau juga sebab bergetah , anak saya yang kedua ni suka masukkan ke dalam mulut , jadi husband tegur la kan risau masukkan ke dalam mulut . jadi lepas tu saya terus simpan set Play Dough .
sebab apa saya yakin dengan playdoh buat sendiri ? sebab bahan-bahan kita guna tu cuma bahan-bahan masakan yang kita guna di dapur je . selain menjimatkan .
Apa yang kita perlukan ialah :-
3 cawan air panas
6 sudu tartar cream ( kalau tak de takpe )
1 1/2 cawan garam halus ( letak banyak ni sebab tak nak bagi cepat rosak / basi)
3 cawan tepung ( Aizah guna tepung gandum je)
3 sudu minyak sayuran ( Aizah guna minyak zaitun)
Pewarna , tak kisah berapa color pun 🙂
Cara untuk buat play dough :-
1) tepung , tarter cream , garam halus , minyak di letakkan ke dalam bekas / mangkuk
gaul-gaul sampai sebati sikit .
2) letak air panas tadi sikit demi sedikit , ini untuk pastikan adunan kita tak lembik .
adunan yang betul , kita tak nak lembik , tak nak keras sangat . aizah bajet mcm ni , bila kita adun tu kan , adunan kita tak melekat kat tangan dah bila kita uli . jangan lebik sangat tau .. takut nanti susah kita nak bentukkan .
3) Asingkan kepada beberapa bekas adunan tadi ikut berapa color kita ada
4) tuangkan color ke setiap adunan dan sehingga color sebati cantik ..
haa ni dia dah siap ni 🙂
haa sonok 2 beradik ni main playdough ibu buat .. bukan anak je sonok , ibu pulak tumpang sekaki hahaha .. main masak-masak , jual-jual . erhmm masa bersama anak-anak kan .. yang rasa yakin selamat la kalau tetiba si adik tu buat macam makanan betul .. tapi sure dia muntah balik sebab masin tu .. heheh
selain tu , kita pun merangsang minda anak-anak kita , supaya berfikir untuk buat pelbagai bentuk dan sebagainya .
ni dia nuha dan hana .. dapur main-main tu ibu buat guna kotak-kotak je , kotak shaklee melambak guna je .. jimatt .. hihi yang penting anak happy ..
SELAMAT MENCUBA 🙂