Assalamualaikum semua ibu-ibu hamil , buasir memang tidak asing lagi bila  berlaku pada wanita hamil. Memang Menyeksakan bila alami sembelit dan buasir ketika hamil ini , jika sembelit pula kita di larang meneran dengan kuat . dan apabila terjadi pula buasir , memang sangat-sangat tidak selesa. Yang paling merisaukan lagi, sembelit dan buasir berlarutan sehingga selepas bersalin , memang perit nak hadapinya.

Sebelum kita teruskan pembacaan, kenali dahulu Apa itu buasir :-

Buasir (piles) ialah sejenis urat simpul (vena varikos) yang berlaku di bahagian dubur, dan ia boleh menyebabkan kesakitan. Terdapat beberapa salur darah lembut di dalam salur dubur. Salur dubur ialah tiub pendek yang menghubungkan rektum dengan dubur (anus). Ia membantu kita mengeluarkan najis dengan cara merembeskan mukus semasa kita membuang air besar.
 

 

Salur darah di dalam salur dubur ini boleh membengkak dan terkeluar semasa atau selepas kita membuang air besar. kita mungkin boleh merasanya sebagai benjolan kecil dan lembut di dalam atau di sekeliling dubur kita. 
 
Bagaimana pula wanita hamil boleh alami sembelit dan buasir ?
 
Purata 1 daripada 10 wanita hamil akan alami sembelit dan buasir . Kenapa masalah ini sering terjadi ?
Semasa kita hamil,  jumlah darah dalam badan anda bertambah. Pada waktu yang sama, tahap hormon progesteron yang tinggi boleh mengendurkan dinding salur-salur darah.
Saluran darah di bawah rahim kita pula lebih berkemungkinan untuk membengkak dan meregang akibat tekanan yang diterima daripada berat bayi kita yang sedang membesar.
 
Ini adalah salah satu sebab mengapa kita mengalami buasir dan sembelit semasa kita hamil.

 

 
Tanda-tanda kita alami buasir :-
 
 1) Selepas membuang air besar , terdapat darah berwarna merah terang
 2) Terasa ketulan terkeluar daripada dubur kita
 3) Boleh alami gatal-gatal di sekeliling dubur

 

 Di antara tips merawat buasir yang boleh kita lakukan ialah :-

1) Selepas membuang air , perlu kita mencuci dengan lembut dan menyeluruh, seterusnya keringkan dengan lap menggunakan tuala lembut ataupun tisu yang lembut.

2) Bagi mengurangkan kesakitan dan kegatalan , kita boleh mandi menggunakan air suam . Elakkan mengaru kerana ia akan menyebabkan lebih teruk.

3) Makan makanan yang boleh mengurangkan sembelit seperti pisang dan minum air masak yang mencukupi.

4) Jika ada ketulan yang terkeluar , cuba tolak masuk secara perlahan-lahan dengan menggunakan tangan yang bersih . jika kita ke klinik atau hospital , mereka akan bagi ubat sapu atau ubat untuk masukkan kembali ke dalam.

Jom lihat pengalaman seorang Doktor yang alami masalah sembelit dan buasir ketika hamil :- 

 

 

 
TESTIMONI 014 : DR. NAJIHAH ABDUL MUTALIB
 
Assalamulaikum. Saya nak kongsikan kisah benar saya menggunakan Set Kehamilan dan Set Berpantang Shaklee.
Saya sekarang adalah ibu kepada 6 orang anak berusia antara 5 bulan hingga 11 tahun termasuk sepasang kembar yang berusia 9 tahun. Saya mula kenal Shaklee pada penghujung tahun 2011 sebelum hamil anak ke-5. Saya mengambil keputusan untuk mencuba Set Kehamilan Shaklee apabila saya disahkan hamil anak ke-5 dan lepas bersalin saya teruskan dengan Set Berpantang Shaklee.
.
Saya ada beberapa pengalaman yang kurang enak dan mungkin juga agak ngeri bagi sesetengah orang ketika hamil dan berpantangkan anak sulung, kedua & ketiga (kembar) serta anak ke-4. Sepanjang kehamilan dan berpantang keempat-empat anak ini saya amalkan set hamil dan berpantang jenama lain (jenama yang sama untuk 3 kali kehamilan ini)
.

Pengalaman yang paling ketara dan saya ingat sampai sekarang ialah sewaktu hamil saya mengalami sembelit yang teruk. Sampai menangis-nangis dalam tandas setiap kali nak membuang air besar. Kadang-kadang sampai berlaku pendarahan. Keadaan ini menyebabkan saya rasa takut nak membuang air besar yang menjadi penyebab kepada terjadinya buasir. Buasir ini menjadi semakin kritikal selepas saya melahirkan anak-anak kembar dan ianya berlarutan sehingga dalam tempoh berpantang dan selepasnya.
.
Satu lagi masalah saya ialah selalu berlaku kejang kaki (krem) terutamanya apabila kandungan menjengah usia 6 bulan ke atas. Malam-malam waktu tidur selalu sangat kena sampai menangis-nangis menahan sakit. Suami saya lah yang selalu menjadi mangsa untuk meredakan kesakitan saya sewaktu sedang nyenyak tidur.
.
Dulu sewaktu berpantang, selain masalah sembelit dan buasir saya juga pernah mengalami jahitan perineum saya terkena jangkitan dan bernanah. Ia berlaku sewaktu berpantang anak sulong dan sewaktu berpantang anak kembar peristwa ini berulang lagi bahkan ianya semakin parah kerana jahitan perineum saya terpaksa dibuka dan dijahit semula tanpa bius disebakan oleh jangkitan kuman pada kawasan tersebut.

 
 
 
 
 
.
Memang sangat mengerikan tapi terpaksa juga melaluinya dengan tenang sambil dalam hati berdoa agar ianya tidak berulang lagi pada kelahiran akan datang. Manakala ketika berpantang anak ke-4 yang dilahirkan secara pembedahan saya mengalami sakit kepala yang amat teruk sehingga hampir 3 minggu lamanya. Sakit pada tempat pembedahan juga terasa sehingga beberapa lama. Dalam waktu berpantang dulu terasa diri kurang cergas dan kurang bermaya.
.

Alhamdulillah, setelah mengamalkan Set Kehamilan Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, B Complex, Ostematrix, ESP dan Omega Guard Shaklee ketika hamil anak ke-5 yang sekarang berusia 3 tahun, masalah utama sewaktu hamil dulu iaitu sembelit dan kejang kaki boleh dikatakan tidak berlaku langsung. Diri terasa cergas dan sihat sepanjang tempoh kehamilan.
.
Dan peristiwa yang paling saya risaukan ketika berpantang iaitu jahitan perineum saya amat menakjubkan. Luka jahitan sembuh dengan cepat. Tiada rasa sakit dan berdenyut seperti berpantang anak-anak terdahulu dan yang bestnya, jahitannya sembuh dan kering dengan sendirinya tanpa sebarang jangkitan!

 
 
 
.
Atas sebab keyakinan itulah saya teruskan pengambilan Set Hamil & Berpantang Shaklee untuk anak ke-6 yang baru dilahirkan lebih 4 bulan lepas. Kali ini saya bersalin secara pembedahan disebabkan kedudukan bayi yang songsang sejak awal kehamilan sehingga saat nak melahirkan.
.
Alhamdulillah, walaupun bersalin secara pembedahan, luka dan jahitan akibat pembedahan sembuh dengan cepat. Saya terasa sangat sihat dan cergas tidak seperti bersalin bedah. Walaupun pada minggu kedua bersalin, hanya saya yang menguruskan anak-anak kecil seramai 6 orang tetapi alhamdulillah saya dapat menguruskan rumahtangga dan keluarga dengan sebaiknya.
.
Alhamdulillah..saya sangat bersyukur dapat kenal dengan vitamin Shaklee dan dengan izin Allah jua tempoh kehamilan dan berpantang saya untuk 2 orang anak yang terakhir ini sangat menyeronokkan.

Dan saya amat menyarankan kepada para ibu yang ingin hamil supaya menjadikan Set Kehamilan dan Berpantang Shaklee sebagai satu keperluan dalam senarai barangan Kehamilan dan Bersalin anda! <<<  Saranan Doktor Najihah 🙂 

 
 
 
 
 
Saya sedia membantu ibu-ibu yang alami masalah sembelit dan buasir dengan mengamalkan set buasir shaklee , Ini terbukti berkesan dengan testimoni seorang doktor di atas.
 
Jadi untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya :- 
 
 
 
3 comments
  • Unknown
    September 1, 2017 at 2:54 pm

    Berapa 1set shakle untuk buasir?ibu mengandung boleh pakai la kan

    Reply
  • Unknown
    September 1, 2017 at 2:54 pm

    Berapa 1set shakle untuk buasir?ibu mengandung boleh pakai la kan

    Reply
  • Noraizah
    September 7, 2017 at 10:11 pm

    encik zaidi , boleh tinggalkan contact number disini atau boleh sahaja whatsap saya di 017 3053031 untuk keterangan lebih details 🙂

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *