Assalamualaikum semua, Bila bulan puasa kaum wanita adalah paling ramai yang mencari bagaimana ingin membayar fidyah , Cara pengiraan Fidyah secara tepat. In Shaa Allah aizah akan share step pengiraan fidyah dan juga cara pembayaan fidyah secara online yang sangat mudah.

Kita ulangkaji serba sedikit mengenai fidyah ini ya .

” Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.” rujukan http://www.zakat.com.my/info-zakat/fidyah/

Kenapa Perlu Bayar fidyah ?
fidyah ini ialah pembayaran yang perlu kita buat setelah kita meninggalkan Puasa wajib ( puasa bulan ramadhan) dan kita tidak mampu mengantikan puasa itu. disebabkan beberapa sebab yang dibenarkan di antaranya ialah :-

1) Wanita Hamil – wanita hamil yang risau akan kesihatan dan keselamatan kandungan sahaja.
“Tidak berpuasa kerana bimbang? akan keselamatan bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah sebaik habis Ramadan pada tahun yang sama dan juga menggantikan (qada?) puasa yang ditinggalkan.?Jika telah tiba Ramadan tahun berikutnya, wanita ini dikenakan fidyah lagi kerana lewat menggantikan puasa”

2) Wanita hamil yang tidak berpuasa kerana bimbang kesihatan dirinya-
Hendaklah menggantikan puasa. Jika masih tidak diganti sehingga tiba Ramadan berikutnya barulah fidyah dikenakan kerana lewat menggantikan puasa.

3) Ibu yang menyusukan anaknya

4) Tidak mampu berpuasa kerana uzur (sakit) – orang yang sakit kuat seperti tiada harapan untuk sembuh,atau golongan tua yang tak mampu berpuasa atau keduanya sekali

5) Melambatkan ganti puasa – Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada?) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.


Image result for fidyah

Ok jom kita tengok cara pembayaran fidyah secara online melalui web zakat :-

  1. Masuk ke laman Zakat iaitu di
    https://www.zakat2u.com.my
  2. Kemudian kita boleh buat pendaftaran terlebih dahulu ( sign up/daftar akaun)

3. Selepas Daftar , kita boleh log in / log masuk
4. Klik button di atas bahagian kiraan dan terus pilih pada fidyah, kita boleh buat pengiraan terus dengan masukkan details yang diperlukan seperti di bawah :-

5. Setelah klik tambah kiraan, di bawah akan keluar button terus untuk membolehkan kita buat pembayaran :-

6.Setelah klik bayar fidyah, akan keluar box untuk save kiraan. klik ok.
7. Pergi ke button atas , dan klik pula Bayar . dia akan terus keluarkan pengiraan fidyah kita tadi.

8.Kita boleh buat pembayaran dengan pilihan FPX atau kad kredit atau debit . FPX ni kita boleh pilih banyak bank contoh nak guna maybank 2u , cimb dan sebagainya
9. seterusnya kita dah boleh pembayaran . Alhamdulillah done .

Tahniah anda telah membaut pembayaran fidyah dengan sangat mudah .

Jom share artikel ini semoga bermanfaat dan memudahkan pada insan lain juga . in Shaa Allah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *